Resepi Asam Pedas Sedap Meletop | Resepi Orchid Mekar

Tuesday, 23 June 2015

Resepi Asam Pedas Sedap Meletop



pic google..xsempat nk deko...hihihih

Sebut jew asam pedas mesti cair air liur kan...hehehe masakan paling senang...
orchid balik kerje kol 6 lebih pom sempat masak utk berbuka puasa...
alasan org malas masak jew kn kata x sempat...hihihi
Nak masak asam pedas ni kna ada step y betul jgk...
dgn murah hati orchid nk kongsikan rahsia dalam poket orchid ni utk 
pengunjung blog resepi-orchid ni...hehehe

Petua Menumis...
tumisan (bawang & cili kisar) kita tu mestilah betul2 masak cili dia,
org ckp naik minyak, baru masukkan airnya, dan lain2
  
Pekatkan Kuah
jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasan. 
Kisar 2-3 biji buah tomato fresh dan masukkan kedalam tumisan asam pedas. 
Confirm kuah akan pekat..gerenti hirup kuah sampai licin..kuah xpedas n sdp...

Gunakan Ikan Segar 
kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan 
ikan lama. ikan y tak segar masak apa pun tak sedap!

 Jangan guna Cili Boh atau Cili Kisar y di jual dipasaran 
kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
cara kisar cili kering-potong cili menyerong dan rebus sekejap n biar sejuk baru blander...
masuk dlm tuperware n simpan dlm peti ais..

Gunakan Kunyit Hidup. 
Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana  rasanya tak sedap

 Bawang Putih, Bawang Merah & Bawang Besar
Pantang orchid klu guna bawang lembik n buruk...
klu nak sedap dlm semua masakan kena la gunakan bawang y elok..
bawang adalah watak y paling penting utk memastikan masakan kita sdp..juz guna bawang y fresh...  oki??paham semua anak murid???hihihihi

Oleh kerana orchid ni xmkn ikan pelik2..
so orchid masak asam pedas guna ikan cencaru jew...byk lg ikn y bleh guna utk masakan ni...
Ikan y sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. 
Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah, ikut selera masing2 ler...
cara masaknya sama jew...hehehe

makan Asam Pedas ni panas2 dengan ikan goreng...fuhhh gerenti xcukup sepinggan nasi tu..
resepi ikan goreng klik sini...
ikan goreng paling sdp d alam semesta...

taraaa.....ni dia Asam Pedas orchid...

jom tgk resepi.....

Bahan-bahannya
2-3 ekor ikan cencaru / kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering - dikisar atau ( 3-4 Sudu Besar Cili y telah d Kisar)
6 biji bwang merah - kisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1 inci halia - dikisar
1/2 inci kunyit idup- dikisar
sedikit belacan- option -orchid xletak
2 biji Tomato ( di kisar)-asingkan dulu, utk kuah.
  2 ikat daun kesum (RM1.00)
 1 kuntum bunga kantan-belah dua
4-6 biji bendi
Air asam jawa secukupnya
garam, gula & perasa.


Cara membuatnya
 Tumis bahan kisar hingga naik minyak dan betul2 masak..
masukkan belacan ( jika suka )..kacau sekejap...orchid xmsuk pom belacan...pastu
 Masukkan buah tomato y dikisar td, air asam jawa dan air secukupnya.
Apabila kuah mengelegak lama skit baru masukkan ikan, 
sedikit daun kesum, bunga kantan dan bendi..
 Apabila ikan masak..Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2.
 Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
dan last masukkan selebihnya daun kesum dan bunga kantan tadi...
sedia untuk d hidang..




No comments:

Post a Comment