RESEPI ORIGINAL AYAM PERCIK TERENGGANU PALING SEDAP... | Resepi Orchid Mekar

Sunday, 5 July 2020

RESEPI ORIGINAL AYAM PERCIK TERENGGANU PALING SEDAP...


Alhamdulillah,
selesai puasa pada tahun 2020,
tahun yang sangat mencabar dengan penyakit Covid 19 
Korang mesti tau kan, bulan puasa paling banyak menu ni ada di mana-mana,
tapi ada yang sedap ada yang tak sedap, bila beli takut lauk semalam, takut basi la..
so baik kita buat sendiri dari beli kan, lebih terjamin....

ayam percik kuah banjir


jom tgk resepi mudah sangat-sangat

400-500Gram Santan
1 ekor Ayam - potong 4 
5 Serai - ketuk
2cm Halia - Hiris 
4 Sudu Cili Boh
1-2 Keping - Asam Gelugur/Asam Keping
1 gelas Air - ikut kepekatan kuah

Bahan Blander 

7-10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5-6 ulas bawang putih



Cara- cara

Masukkan air dan bahan blander, halia, serai dan cili boh..
masak hingga bahan-bahan tadi masak, biarkan kuah pekat sedikit.
Agak2 bahan dah masak sepenuhnya baru masukkan bahan last iaitu
 santan dan asam keping, 
kacau selalu (jgn Stop) supaya santan tak berketul atau naik minyak, 
kacau sehingga santan mendidih...
biar mendidih lama sikit..
baru perasakan dengan garam gula dan bahan perasa
dah siap...
senang je kan!!!!!




Bahan Perapan

AYAM

1-2 biji bawng besar
4 Ulas bawang putih
2cm Halia
1 batang serai

Blander semua bah dan perap pada ayam, 
perap paling kurang 1 jam, 
kemudian bakar ayam..
bila ayam dah masak curahkan kuah percik ke atas ayam.

IKAN

Kalau nak guna ikan, hanya perap ikan dengan kunyit dan garam sahaja, 
Bakar dan bila ikan masak curahkan kuah percik ke atas ikan.
siap untuk di hidangkan...





bila ayam dah masak letakkan kuah ke atas ayam..
sedapnya....
sedia untuk d makan..yummi




kuah percik yang sangat cantik, tak cair dan tak pekat sangat



ikan ni hancur skit sbb my husben cepat sangat pusing ikan belum masak lg...huhuhu
lagi cantik kalau ikan ni sekor2..xyah potong...baru nampk cantik.
tapi orchid potong sbb simpan untuk sahur pulak...



TIPS

******
Ada sesetengah orang campurkan semua sekali bahan-bahan dan santan
 tp untuk korang yang baru belajar masak 
elok gunakan step orchid  bg ye, supaya santan tak berketul-ketul dan naik minyak.
bila dan jd mcmtu tak sedap la percik kita

*****
cara orchid bt ni paling sedap dan mudah, kuah percik korang nampak sangat cantik.

******
kalau nak panaskan kuah untuk next time makan boleh buang asam keping nti kuah terlampau masam...contoh mcm orchid mkn untuk sahur..kalau hangat nanti terlebih masam

Pelbagai Cara

******
ada jugak masukkan ayam/ikan dalam kuah terus...nak cepat boleh bt mcm ni..

****** 
atau masukkan ayam/ikan dalam kuah sekejap..bila ayam separuh masak baru pangang ayam/ikan tu..lg cepat masak..
mana2 cara boleh guna ye...








No comments:

Post a Comment