NASI LEMAK "TANOK"
Bahan-Bahan
3 Cawan Beras
(boleh guna beras Biasa /Siam/Basmathi)
300-400gram Santan
3 Helai Daun Pandan
Air Secukupnya
garam & Gula
Cara-cara Masak
Basuh Beras dan toskan air nya,
Masukkan beras ke dalam Rice Cooker,
kemudian masukkan santan dan air secukupnya,
masukkan pula daun pandan, garam secukupnya dan secubit gula,
masak nasi mcm biasa.
******
Kalau nak nasi berlemak masukkan air sedikit sahaja,
lebihkan santan.
*****
Air bergantung pada beras yang kita guna,
kalau guna beras siam dan beras panjang/basmathi
lebihkan air sedikir dari beras biasa
sebab beras siam agak keras sedikit...
contoh :
Beras Basmathi & Siam
cth: beras jenis Pusa, Kashmir dan Moghul, serindit, arnab dll
1 cawan beras : 1 1/3 cawan air
atau
campuran air dengan cecair lain seperti susu, santan.
Beras Biasa
1 Cawan Beras : 1 Cawan Air,
atau
campuran air dengan cecair lain seperti susu, santan.
Bahan-Bahan
Sambal Nasi Lemak
2-3 Gengam Cili Kering
potong kecil, rebus bg lembut, toskan air, kemudian blander
(nak sedap guna cili kering, kalau xde cili boh pom okey)
@4 senduk cili boh
6 ulas bawang putih - blander
1 Biji Bawang Besar - blander
6-7 biji Bawang merah - balander
Lebihkan bawang merah rahsia kesedapan kuah
1 Gengam - Bilis Belah 2 -blander
Rahsia Kesedapan sambal nasi lemak
2 Helai Daun Pandan - carik2 dan potong 3
Rahsia Kesedapan sambal nasi lemak
Air Asam Jawa secukupnya
Gula, garam, Nissan@gula melaka dan secukup rasa
CARA MASAK SAMBAL
Masukkan minyak masak,
minyak lebihkan supaya bahan cepat masak,
bila dah panas
masukkan semua bawang yang telah di blander,
tumis sehingga naik bau,
bila dah naik bau masukkan cili kering yang telah
di blander, daun pandan, nissan.
kacau selalu supaya tidak hangit di tengah2 kuali atau periuk.
masak cili biar lama sikit sehingga naik minyak & garing.
baru boleh masukkan air dan bilis blender tadi
masak sehingga cili betul2 masak
part ni memamg lama sikit la, bila kuah kering tambahkan air, ulang tambah air sehingga sambal betul2 masak.
masukkan asam jawa,
baru perasakan garam dan gula secukupnya.
Masak sambal sehingga pekat.
*****
gula dan garam boleh tambah last sebab kuah kering nanti
sambal jadi terlebih masin dan manis
Ikan Aye / Tongkol
Setengah ekor - ikan Tongkol / Aye - potong kecil
4@5 - Asam Keping
1 sudu - Cuka
Garam
Cara-Cara
masukkan ikan ke dalam periuk,
masukkan sedikit air, jangan melebihi paras ikan,
kemudian masukkan asam keping, cuka, garam,
masak sehingga air ikan sedikit kering.
bila ikan dah masak dan kering,
boleh masukkan ke dalam kuah terus atau asingkan
Ikan Bilis
3 Gengam ikan bilis
basuh dan goreng sehingg garing
*****
Petua bilis rangup giler
basuh dulu kemudian tos sehingga kering baru goreng,
jangan goreng basah@lembap
BAHAN TAMBAHAN
Telur
Timun
Kacang tanah
PETUA SAMBAL
1.
Nak sambal kurang pedas, lebihkan bawang besar
(2 kali ganda dari cili) atau pakai cili kering tidak pedas
(saiz besar).
guna separuh cili kering tak pedas dan separuh jenis pedas.
2.
Masukkan gula sebelum sambal pecah minyak.
Gula akan caramelized dan warna nya akan jadi cantik.
Rasa sambal pun lebih sebati dengan rasa caramel gula.
3.
Masa blender cili kering, letak minyak sikit supaya biji-biji cili mudah hancur jadi halus mulus.
4.
Masa rebus cili kering, masukkan sekeping asam keping untuk kurangkan pedas cili.
5.
Tambahkan bahan perasa lain seperti ikan bilis,
udang kering atau belacan. Ia akan kasi rasa umphhh pada sambal. bagi yang alergik pada belacan dan udang kering, boleh guna ikan bilis. Nak lagi sedap, guna ikan bilis fresh dan gred tinggi.
6.
Masa tumis sambal, letak sekeping asam keping supaya sambal tidak mulakan perang dengan dinding dapur.
Boleh juga tutup kuali dan guna api kecil masa menumis.
7.
Ikut suka nak gula dan minyak banyak mana.
Tapi kalau kuali tu jenis nonstick, boleh kurangkan minyak. Lebih baik kurangkan minyak dan gula.
8.
Masak sambal ni perlukan latihan banyak kali baru lah sambal tu akan sedap dan garing.
Selalu masak, lama-lama akan mahir.
Ini kerana bila selalu masak, baru kita akan faham tekstur bahan bila dah masak, dah garing dan dah pecah minyak.
9. Masak sambal dengan banyak,
asingkan ikut saiz bekas kecil-kecil dan frozenkan.
Yang nak pakai letak dalam chiller. Kita asing kan camtu supaya sambal tahan lama dan kebersihan terjaga.
Guna sudu bersih masa nak senduk sambal.
Jangan biarkan sambal terdedah diluar lama kemudian simpan balik dalam peti ais.