Resepi Orchid Mekar: May 2015

Monday, 25 May 2015

Resepi Mee Rebus Terengganu kite


mee rebus orchid xde sayur..guna apa y ada kt dapor jew..hehehe


Ptg ni Orchid nak kongsikan resepi mee rebus terengganu...
simple dan sedap..
-ORIGINAL DARI TERENGGANU-
sumpah sedap
Biase orchid guna mee lidi sbb boleh simpan lama, berbulan-bulan..bila nk masak baru rebus...
resepi original menggunakan mee kuning..
so mana2 pom boleh ye..jgn gaduh2...
paling senang nak masak mee rebus ganu ni..main campak jew...jd la tu..hehehehe...
orchid paling suka masak waktu pagi hari cuti...bleh makan sampai petang...nyum....nyumm


Bahan-Bahan

1-2 Pack Mee Kuning (Asli Terengganu) 
(kalau guna Mee Lidi * rebus dulu sampai lembut)(nak guna Keyteow pom boleh)

2-3 Ketul Ayam (dada & sayap)- isi dan tulang baru sdp

5-7 Ulas bawang putih (Mayang)

1 Biji bawang Besar (Mayang)

2 Sudu Besar Lada Sulah

Setengah Sudu besar Lada Hitam - yang telah di tumbuk

garam

Air 2 Liter atau lebih


Bahan Tambahan - kalau tak ada xper..kalau letak lg sedap- lagi sihat

1 Ikat Sawi

1/2 batang Karot

1 Biji Tomato  (belah 6)

1-2 biji Telur

Cili Api/Cili Besar

Fish kek                     

Bebola Ikan/ fish ball



Cara-Cara :-

                    Tumis bawang putih dan bawang besar..tumis sampai kekuningan...
Masukkan isi ayam dan tulang ayam..kacau...
biarkan ayam masak sehingga mengeluarkan air..itu rahsia buat mee rebus kita lagi sedap...
bila ayam dah masak baru masukkan air....
Biarkan air mendidih, masukkan lada sulah..sedikit demi sedikit untuk elak lada sulah berketul2.. seterusnya masukkan lada hitam...biarkan mendidih lama siket masukkan sosej n fish kek..bebola..
cili besar/padi..dan sayur-sayuran td..garam dan...last sekali pecahkan telur...sedia untuk d hidang.

Asingkan Kuah dan Mee...(kalau nak makan lambat)
Bila nak makan baru masukkan Kuah..klu x nnti kembang semangkuk plak kan...hehehe...
kalau nak  makan terus semua masukkan mee ke dalam periuk sekali, baru sedap
mkn panas-panas...wallaa

mee rebus ganu kitew
rupa mee lidi sebelum dan selepas masak...sape2 y xkenal tu...tgk la puas2 yew




NOTA KAKI

****resepi asli Mee Rebus Terengganu hanya mengunakan mee kuning sahaja ye

mee lidi ni kesukaan orchid, sebab senang dan mudah nak simpan lama-lama sebelum masak...
1 Batang Sosej Perisa Black Paper-
orchid suka sgt letak..rasa lebih sedap
 (Jenama AYAMAS)
YANG NI X ADA DLM RESEPI..TAMBAHAN ORCHID SENDIRI..
KALAU DAH CUBA BARU TAU MCM MN RASANYA...SEDAPPPP









Thursday, 21 May 2015

Karipap Daging Sedap


Salam Khamis semua...

Hari ini orchid nak kongsikan resepi karipap daging...
cuaca dan mood x berapa baik harini...
semalam kwn tanya pasal apa orchid kawin xbgtau...hahaha terkejut jgk mula2 tu...
mana plk la dia dengar gosip xbetui ni...hehehe...
rupa-rupannya dia terbaca dlm blog orchid jgk...orchid menulis " MY HUBBY"...actually gimik jew..kihkihkih...dah delete pon..xnak semua org keliru...
orchid single available lg cik kak oiii...saje meluah perasaan arini..
bt apa nk risau jodoh kan Allah dah tentukan...so kenapa nak persoalkan apa y Allah aturkan...
mungkin permulaannya kot...Allah dah tarik smua y ada dalam gengaman orchid..
redha jew lah...Allah mungkin nak bukakan gengaman tangan orchid ni untuk menerima somebody..someone lain y kita sendiri x penah terpikir..
Allah Maha Besar...tiada y mustahil kan...
Aminn..

Kawan2 smua...
harap doakan orchid jumpa someone special y cintakan orchid 
dengan ikhlas dan jujur..cinta sampai mati..
sedih plk ase.hukhukhuk
Allah akan sentiasa menguji kita dalam apa jua keadaan kan...kita kenalah sabar dan redha...
apa y kita suka xsemestinya baik untuk kita...
xde guna kita cintakan org y x cintakan kita..betul x..ermmmm....merepek plk..wallla...


orchid dah try dua kali resepi ni...
mmg sedap...daging klu potong besar2 sket baru terasa intinya..
orchid amek resepi ni dari mak AMIN kwn kepada kwn orchid..
aritu orchid mkn karipap dia bawa sdp..so orchid pom terus mintak resepi...
         nyamannnn bab kata org serawak...maksudnya sedap..hehehe
jom tgk bahan2 nak masak...


sedap sgt...rangup jew..

Isi karipap: 
- Kentang tiga biji (dipotong dadu)
- Daging fresh RM 10
(rebus sekejap dgn garam sikit dan dipotong dadu)
(air untuk rebus sikit sehingga tenggelam daging separuh) 
-Bawang besar empat biji (dipotong dadu) 
-Daun sup dua tangkai (dipotong kecik)
 -bawang putih dan bawang merah untuk menumis 
-Dua paket serbuk kari daging babas

 Cara-cara: 
-Tumis bawang putih dan merah hingga garing 
-Masukkan serbuk kari dan kentang y telah didadu 
- Masukkan air rebusan daging dan daging y telah didadu.
 -Rasa dan kalau tak cukup masin tambah garam sikit dan cukup rasa.
 -bila dah agak kering baru masukkan bawang y dah didadu dan 
daun sup. Gaul dlm lima minit pastu angkat...sejukkan..

Tepung doh: 
 - Tepung gandum setengah paket
 - Marjerin dua sudu besar 
 - Air satu mug campur sikit minyak masak dan garam 

 Cara-cara:
-Marjerin dan tepung campur dan digaul rata 
-Masukkan air dan minyak sikit demi sikit -Uli hingga lembut
-Bila dah jd doh tu gelek la dengan kayu penggelek n bentukkan bulat dgn cawan n masukkan dalam acuan pom boleh..

tip frozen
untuk bt frozen bleh goreng separuh masak atau atur karipap dlm pinggan satu2..sejukkan karipap dalam peti ais sampai kering...bila dah kering kulit dia..bleh la masuk plastik n bleh taruh dalam peti ais..baru tak melekat...bila nk mkn keluarkan dari peti ais n goreng...

tip menggoreng karipap
panaskan kuali biar betul2 panas n then tutup api..masukkan karipap...pastu buka balik api..masak dengan api perlahan, balik2 kan supaya masak serata...gerenti cantik kulit karipap kita...

karipap berbentuk bulat..comel2 jew kan..yang ni guna acuan cawan...
cubit dengan jari nak kelim tepi...





Wednesday, 20 May 2015

Resepi Sos Chessy Wedges

slurppp meleleh ayak liok tgk cheezzz...maklumlah orchid kan penggemar tegar cheezz..arini terjumpa dlm fb, asenya nk try buat la..sblum hilang orchid pacakkan resepi cheez kt cni supaya tak hilang kemana...hehehehe..klu malas nk buat beli jew y dah ciap, bancuh dengan air panas jew...wallaaa

Bahan-bahan
3 -4 sudu makan butter
250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
1 sudu makan tepung gandum
suku kiub pati ayam
6 keping chesse
sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
pewarna kuning

cara-cara penyedian :
1. panaskan butter hingga cair
2. masukkan susu
3. masukkan tepung , kacau sentiasa sehingga tepung sebati
4. masukkan chesse , kiub pati ayam dan serbuk lada..
5.masukkan sedikit pewarna

Resepi Laksa Penang orchid mekar




Time takde kje nim..bleh la update resepi sket dalam blog....ummmmm...jom tgk bahan apa yang nk kena sediakan untuk masak laksa ni

Bahan-bahan:
Setengah kilo ikan Selayang / Kembong

-isi ikan d blend / ramas hancur
-mesin tulang ikan dan tapis airnya
-simpan dulu air rebusan ikan.


3-4 Ulas Bawang Putih *
3-4 Biji Bawang Besar *

7-10 Biji Cili Padi*
2-3 Sudu Besar Cili Kering Kisar / Cili Boh
(lg sdp klu guna cili kering)
3-4 Ikat Daun Kelsum  (sebakul kecil)
1-2 Kuntum Bunga Kantan
7-10 Keping Asam Gelugur
Belacan (orkid xletak)
Air 1.5 Liter
1 Paket Paket Laksa Penang Kering
lunch time

Bahan Ulam
3 Biji Telur (Rebus)
Salad kampung dlm 4 tangkai
1 Biji Bawang Besar (mayang halus)
Timun ( Hiris nipis2)
Cili Pagi (potong kecil)
Nenas
Limau Nipis

Cara-Caranya

Masukkan Air ke dlm Periuk...Masuk Cili Kering Kisar...
Bahan bertanda *  yang telah di mesin td...bila dah mengelegak lama masukkan daun kalsum, bunga kantan....isi ikan dan air ikan rebus td bersama 7-10 keping asam keping dan belacan sebesar ibu jari (orkid xletak belacan) ..masak dengan api yang perlahan...biar lama skit baru sedap kuahnya...bila dah kering skit kuah dia baru masukkan garam...pastikan kuah dia masam dan masin secukupnya...muahhh gerenti menjilat mangkuk...hehehe
**** Sementara kuah masak, rebus laksa y telah di rendam td...
                          tujuan kita rendam supaya laksa cepat masak.

ikan y telah di rebus

Bawang Besar, Bawang Merah dan Cili Padi Sedia nk Blend


Isi Ikan y dah Di Asingkan
Tulang Ikan y telah d blend sedia untuk d tapis...
(orchid tapis 2kali...masuk mangkuk dulu and then dari mangkuk tapis masuk periuk pulak)

bawak bekal ke opis...bagus untuk org berdiet ni..hehehe








Tuesday, 19 May 2015

Telur Bungkus ala orchid

telur bungkus paling comel

Resepi kali ni biasa orchid masak...elok untuk time berdiet....masak ni bila balik kje tgh kalut2 tu sempat lg..resepi ni main campak2 jew...cepat..mudah dan berkhasiat sebab semua lengkap...sayuran dan ayam...hehehe..ok kita tgk bahan2 kt bawah, senang jew kan...

Bahan-Bahan

A
2 Biji Telur Ayam
sedikit lada sulah
garam

B
Saje pecahkan telur ni,nmpk skit apa isi dlm nya kan...yummi
1 Ketul isi Ayam
2 Ulas Bawang Putih
1 Bijik Bawang Besar
1 Sudu Cili Boh / Kering
1 1/2 Sudu Sos Tiram
2 Sudu Sos Cili
1 Sudu Sos Tomato
sayuran pilihan (karot,bunga kubis,brokoli,kacang panjang)

Cara-Cara

Tumis Bawang Putih dan Besar skit (separuh), biar betul2 naik bau..kekuningan skit baru masuk cili boh...masak sampai betul2 masak bili tu..klu tak..mmg xsdp la....bila dah masak cili tu masukkan ayam...pastu masuk semua sos..sos tiram..sos cili...sos tomato....tambah air skit klu kering sgt..
Bila ayam dah masak...bleh la msukkan bawang besar separuh lg tu and then sayuran fav kalian smua yew....pastu perasankan lah..garam n gula skit....


Cara Masak Telur plak...

Dalam Kuali yang lain..
Pecahkan telur n masukkan garam dan lada sulah...kacau telur n dadarkan pada kuali....panaskan kuali biar betul2 panas n masuk telur...angkat kuali n then pusing2kan supaya telur rata pd kuali...bila dah garing kt bawah tu..masukkan isi ayam td...bungkuskan n letak pinggan pastu balik telur td kt pinggan...walaa....dh ciap....

Resepi Pecal Buah Kuini

ni dia rupa pecalnya...orchid sempat snap kwn y buat..resepi y sama

Salam semua,


Tengahari tadi sempat singah melawat kawan yang sakit....sempat jgk belajar resepi pecal buah kuini ni dengan mak dia...tak smpat snap gambar...lapo bebenor..abes pecal d makan..hehehe..sedap...mmg xmenyesal klu mencuba...muahhh walaaa...


Bahan-Bahannya ialah...
2 biji kuini /pelam lain pom bleh gk (sagat / cincang )
-buah kenalah y masih keras...kekuningan
Buah Kuini
2 ekor ikan selayang panggang
3 biji bawang merah (mayang)
2 biji cili padi (ikut la suka pedas letak byk skit)
1/4 cawan santan...
lada hitan sesudu kecil..
garam
gula...


Cara-cara..

Tumbuk ikan panggang dan masukkan ke dalam santan, seterusnya isi kuini yang telah d sagat..bawang besar, cili padi, lada hitam dan perasankannya...dah ciap..mudah dan lazat...


Cotton Soft Japanese Cheesecake with Cream Cheese & Almond Frosting







Kek ni sangat gebu dan lembut. 
Rasanya sangat sedap. Kek ni juga tak sesuai dimakan panas. 
Kena sejukkan sehingga betul-betul sejuk, barulah naik rasa kejunya. Dan buat pertama kalinya ini orchid kongsikan buat semua pembaca Resepi Orchid Mekar ni, Step-by-Step untuk menghasilkan kek y menjadi pujaan ramai ini. 

Topping y orchid kongsikan ini merupakan antara topping y paling sedap dan paling sesuai untuk kek ini. klu xde topping pon, kek ini mmg sdp.

Bahan-bahan 
(orchid guna loyang round 8 inci)

Bahan A
250g cream cheese
50gm butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur (saiz A)
1 sudu besar jus lemon
1/4 sk garam
60gm tepung kek/superfine
20gm tepung jagung

Bahan B
140 gula (guna je guna biasa atau gula kastor)
6 biji putih telur
3/4 sk jus lemon

Cara-cara

Untuk adunan A: 

Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler. 
Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese. 



Asingkan telur kuing dan telur putih. Seboleh-bolehnya jangan termasuk sedikit pun telur kuning dalam mangkuk telur putih tu. 
Telur putih letak dalam mangkuk adunan yang lebih besar.



Satukan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam mangkuk adunan. Dan kemudian tuang adunan cream cheese dan 
gaul hingga sebati (guna senduk kayu atau sudu sahaja).




Hasil selepas digaul sebati


Untuk adunan B: 
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 
Pastikan sampai bertanduk, kalau tidak kek anda akan bantat okeh. 
Lama pun takpe sebab memang kena bertanduk.klu trbalikkan mangkuk dia xkan tumpah....melekat terus..hehe



Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B y dah gebu tu dan kacau smpai sebati. 




Sediakan loyang kek y bulat berukuran 8 inci. Tuang adunan kek dlm tin kek.



Bakar kek dlm kira-kira sejam (orchid memang bakar 60 minit) dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C/325 degrees F. Gunakan rak membakar y agak bawah. Untuk informasi mengenai kaedah waterbath ini, sila klik sini

kek baru masuk oven

Kek selepas sejam
Hasilnya:


Dah keluar loyang

Selepas tu kena sejukkan kek barulah boleh buat topping. kalau buat topping cream cheese, bahan-bahannya seperti di bawah:

120gm cream cheese
60gm butter
60 gm gula aising

Putar je semua bahan tu sampai sebati.



Selepas tu sapu dengan berhati-hati atas kek. Kek ni lembut tau, tak boleh kasar-kasar.



Pastu taburkan kepingan badam y telah digoreng tanpa minyak. Lepas tu simpan semula dalam peti sejuk sehingga anda nak makan kek ni.



Dan waktu untuk potong kek. 


Dan ini nota tambahan dari orchid 
untuk kaedah membalut loyang semasa nak bakar kek:
Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hingga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, 
orchid x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
 

Resepi Masak Lemak Sotong dengan Jambu Golok


Bahan-Bahan..

10 Biji Jambu Golok-cincang dan perah airnya
-elok amek y masih keras n hijau kekuningan
-perah dan buang air nya...klu xperah nnti kelat..
Santan
1 Biji Bawang Besar potong 4
2 Biji Lada Besar-hiris memanjang
garam
gula


Cara-cara:-

Masak Santan dengan sotong sampai mendidih, masukkan jambu golok dan perisakan...lastly masukkan bawang besar dan cili besar td...sedia untuk di makan

                                    rupa jambu golok...klu alek luar org pangil buah gajus....