Resepi Orchid Mekar: Resepi Ikan

Showing posts with label Resepi Ikan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ikan. Show all posts

Monday, 3 February 2020

SIAKAP TIGA RASA PALING SEDAP DAN MUDAH

assalamualaikum,
hari yang indah ini orchid rajin plak nak share resepi,
kali ini resepi ikan siakap 3 rasa plak, sedap sangat-sangat dan mudah.
jom tgk bahan-bahannya.







Bahan Ikan

2-3 Ekor Ikan Siakap / Ikan Pilihan
garam
Tepung Jagung- xde xper - utk ranggupkan ikan

Gaul Ikan dengan bahan atas ni ok....lepas tu goreng garing
orchid potong dua sbb kuali kecil, ikut suka korang la ye.
goreng garing mcm dlm gambar bawah ni..






Bahan (Kuah)

4-5 Ulas Bawang Putih - potong dadu/cincang 
1 Biji - Bawang Besar - potong dadu
2-3 Sudu Cili Boh
3-4 Sudu Sos Cili
3-4 Sudu Sos Tomato
2 Sudu Sos Tiram


Bahan Tambahan

1 Biji Capsicum / Lada Banggala
1 Mangkuk kecil Nanas Dalam Tin atau Nanas Segar Manis Potong Dadu
1/2 Batang Karot - Ptong Dadu
1 Biji Tomato - Potong Dadu


Cara-Cara Memasak

Masukkan minyak  kemudian tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau,
masukkan cili boh, masak sampai masak cili boh tadi.
baru lah boleh masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram,
gaul rata dan masukkan sedikit air, 
biarkan sebentar kemudian masukkan bahan tambahan untuk sedapkan lagi kuah kita ni, 
nampk byk la sikit bahan-bahan atas ikan nanti,
masukkan capsicum, nanas, karot atau bahan lain lagi yang kita suka yew.
last sekali masukkan garam gula dan secukup rasa/ aji
rasa la kuah kita biar ada masin manis masam... 
bila 3 rasa ini ada so lengkap la masakan kita ni...
tutup api dan curahkan kuah ke atas ikan, 
nak makan baru tuangkan kuah ye, baru ikan kita ranggup dan sedap.


NOTA KAKI
Lepas masuk bahan-bahan tambahan contoh carot, capsicum, nanas tu kacau sekejap 
dan boleh la tutup api,
jangan lama sangat nanti layu dan lembik dah tak sedap nak makan.


ni dia kuah kita tadi, seperiuk dapat,
banyak juga ni, boleh letak atas ayam jgk kalau tak suka ikan.















Friday, 2 November 2018

SAYUR PEDAS LABU AIR TERENGGANU PIOR



salam...
lama tak bersiaran
arini orchid nak update masakan kegemaran orchid mudah sgt2 nak buat,
nama sayur pedas tp sebenarnya mmg xpedas langsung,
resepi dari mak orchid, 
jom kita start...



Bahan-Bahan

Labu Air
Saiz Sederhana
Kupas Kulit dan Potong Kecil

Ikan Selayang / Sardin / Kembung -2 Ekor Saiz Besar
( rebus ikan, amek isi ikan dan ramas bagi hancur )

Bawang Blender - 3 atau 4 Senduk
( Bawang Putih, Merah & Besar )

Lada Hitam - 1 Sudu
(tumbuk separa hancur )

Daun Kesom - Dua gengam

Daun Kemangi - Satu gengam

Air secukupnya


Cara -Cara 

Masukkan air ke dalam periuk,  
masukkan bawang blander, nak pekat tambah la lg bawang blander tu ok,
now biarkan air mendidih 
dan kemudian masukkan lada hitam,
isi ikan yang telah di ramas hancur td.
masukkan labu yang telah di potong kecil, daun kesom dan daun kemangi
biarkan mendidih lama sikit.
bila sayur dah layu msukkan perasa 
haji skit,garam skit dan gula secukupnya.
taraaa..siap
sedia untuk dihidangkan dengan ikan goreng dan nasi panas2 
cicah sambal belacan mmg meletop la..
mak mentua lalu pom tak sedar..hehehehe




noted :
boleh juga masukkan air rebusan ikan.
biasa orchid masukkan..sayang kan..
air tu pom banyak vitamin dlm tu..hehehe
tapis dulu air tu sebelum guna yew.

jika xada daun kesom dan daun kemangi pom boleh bt
 tp nak sedap kena masukkan lah ye,
sekurang-kurangnya daun kesom.
orchid beli pasar tani pokok tu.senang nk guna.xpayah beli lg.



kt bawah ni gambar sayur
LABU AIR,
khas untuk orang yang tak penah mengenali dia,
salam perkenalan yew...yuhuuu


 Labu Air


 Dalaman Labu Air


Pokok Labu Air






Sunday, 15 November 2015

Resepi Sambal Bilis Sedap

nampak rupa mcm hodoh jew...bila mkn mmg tarangkat...wa cakap luuu
jom tgk resepi

Bahan-Bahan

2-3 genggam bilis
 basuh n toskan sampai kering-
petua untuk bilis rangup-goreng apabila bilis betul2 kering
 5-6 Sudu Cili Kering Kisar 
4 ulas bwg putih -kisar
5-6 ulas bwng merah -kisar
1 labu bawang besar -kisar
sejemput bilis-blander bersama bawang di atas -
(petua sedapkan sambal bilis)



Lets Do It

Baca Bismilah dulu sebelum masak k...
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak..lebihkan minyak supaya tak hangit...
tumis bawang kisar sehingga garing atau naik bau..api perlahan..jgn gaduh2..
kena tenang ok....sambil zikir ya Latif..ya Latif...masak with iman...hehehe
bila dh garing masukkan cili kisar... 
dengan api y perlahan biarkan cili betul2 masak...kacau selalu xnk bg hangit
kalau xnak tunggu bleh masukkan air n kacau sekali sekala...
bila cili dh masak dan sambal kering masukkan asam jawa, gula, garam skit dan perasakan
sambal kena masak lama barulah sedap n tahan lama..
pastikan cili betul2 masak k


sambil tunggu sambal masak goreng bilis td dengan api perlahan...
minyak akan berbuih bila masuk bilis.
bila dh hilang buih dlm kuali maksudnya dah masak la bilis td...
xpayah gaduh2 nk rasa mkn tgh panas2 tu kan...huhuhu gerenti  rangup bilis tu...
klu ikut smua step orchid ajar insayallah gerenti xmenyesal belek blog orchid ni wa ckp luuuu


bila semua dh masak..bleh gaulkan bilis dengan sambal td atas dapur..
kalau xnak bleh asingkan...
sambal selebihnya simpan dlm peti ais..
klu nak mkn goreng bilis...
makan dengan nasi panas2 mmg sedap d tmbah dengan ikan goreng sedap klik kt sini

 *-kalau gunakan cili boh xpayah letak garam k...
sbb cili boh dh masin











Tuesday, 23 June 2015

Resepi Asam Pedas Sedap Meletop



pic google..xsempat nk deko...hihihih

Sebut jew asam pedas mesti cair air liur kan...hehehe masakan paling senang...
orchid balik kerje kol 6 lebih pom sempat masak utk berbuka puasa...
alasan org malas masak jew kn kata x sempat...hihihi
Nak masak asam pedas ni kna ada step y betul jgk...
dgn murah hati orchid nk kongsikan rahsia dalam poket orchid ni utk 
pengunjung blog resepi-orchid ni...hehehe

Petua Menumis...
tumisan (bawang & cili kisar) kita tu mestilah betul2 masak cili dia,
org ckp naik minyak, baru masukkan airnya, dan lain2
  
Pekatkan Kuah
jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasan. 
Kisar 2-3 biji buah tomato fresh dan masukkan kedalam tumisan asam pedas. 
Confirm kuah akan pekat..gerenti hirup kuah sampai licin..kuah xpedas n sdp...

Gunakan Ikan Segar 
kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan 
ikan lama. ikan y tak segar masak apa pun tak sedap!

 Jangan guna Cili Boh atau Cili Kisar y di jual dipasaran 
kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
cara kisar cili kering-potong cili menyerong dan rebus sekejap n biar sejuk baru blander...
masuk dlm tuperware n simpan dlm peti ais..

Gunakan Kunyit Hidup. 
Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana  rasanya tak sedap

 Bawang Putih, Bawang Merah & Bawang Besar
Pantang orchid klu guna bawang lembik n buruk...
klu nak sedap dlm semua masakan kena la gunakan bawang y elok..
bawang adalah watak y paling penting utk memastikan masakan kita sdp..juz guna bawang y fresh...  oki??paham semua anak murid???hihihihi

Oleh kerana orchid ni xmkn ikan pelik2..
so orchid masak asam pedas guna ikan cencaru jew...byk lg ikn y bleh guna utk masakan ni...
Ikan y sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. 
Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah, ikut selera masing2 ler...
cara masaknya sama jew...hehehe

makan Asam Pedas ni panas2 dengan ikan goreng...fuhhh gerenti xcukup sepinggan nasi tu..
resepi ikan goreng klik sini...
ikan goreng paling sdp d alam semesta...

taraaa.....ni dia Asam Pedas orchid...

jom tgk resepi.....

Bahan-bahannya
2-3 ekor ikan cencaru / kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering - dikisar atau ( 3-4 Sudu Besar Cili y telah d Kisar)
6 biji bwang merah - kisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1 inci halia - dikisar
1/2 inci kunyit idup- dikisar
sedikit belacan- option -orchid xletak
2 biji Tomato ( di kisar)-asingkan dulu, utk kuah.
  2 ikat daun kesum (RM1.00)
 1 kuntum bunga kantan-belah dua
4-6 biji bendi
Air asam jawa secukupnya
garam, gula & perasa.


Cara membuatnya
 Tumis bahan kisar hingga naik minyak dan betul2 masak..
masukkan belacan ( jika suka )..kacau sekejap...orchid xmsuk pom belacan...pastu
 Masukkan buah tomato y dikisar td, air asam jawa dan air secukupnya.
Apabila kuah mengelegak lama skit baru masukkan ikan, 
sedikit daun kesum, bunga kantan dan bendi..
 Apabila ikan masak..Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2.
 Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
dan last masukkan selebihnya daun kesum dan bunga kantan tadi...
sedia untuk d hidang..




Ikan Cencaru Goreng Paling Sedap


ikan cencaru goreng paling sedap


jangan padang rupa...rasa dulu baru tau...sbb goreng guna kuali kecil ikan ni jd xcantik..hehehe

cara nak masak nya mudah jew...makan dengan nasi panas mmg meletup...
mkn dgn asam pedas  lg sedap smpai menjilat jari...yummi
resepi asam padas klik sini

Bahan Rencah..
2-3 ekor ikan cencaru-belah belakang
3 sudu cili kisar
1 sudu kunyit debu / kunyit hidup tumbuk
3 sudu besar asam jawa
garam secukup rasa 


gaul semua sekali bersama ikan...
buangkan biji asam jawa..sumbat isi recah kebelakang ikan..perap sekejap sebelum goreng...
goreng ikan macam biasa....