Resepi Orchid Mekar: Resepi Sayur

Showing posts with label Resepi Sayur. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sayur. Show all posts

Sunday, 23 May 2021

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG DAN NANGKA MUDA

 
 



Bahan-Bahan 

nangka Muda -Rebus sampai empuk dan Toskan Air

(Ambil nangka sahaja, air rebusan boleh buang) 

 

Bahan Blander 

6 ulas bawang putih  
3 ulas bawang merah  
1 labu bawang besar  
2 inci halia 
2 inci lengkuas
1 batang serai
3 biji cili padi - nak pedas lebihkan
1 inci kunyit hidup

 

 

1-2 batang serai - diketuk

 

 

cara-cara

Tumis dgn minyak bahan blander...

bila kering tambahkan air utk masakkan bahan tumisan ni...

biar mendidih lama skit...

masukkan serai yang di ketuk, untuk menambah aroma je...

Masukkan udang + nangka, kacau rata...

masukkan santan, jgn tinggal bila dah masuk santan...

kalau color xkuning boleh tambah kunyit debu untuk cantikkan color kuah.

kacau selalu biar mendidih, 

masukkan secukup rasa 2 sudu, 

garam dan gula secukupnya...

kena ada rasa masin byk manis sedikit sahaja hujung lidah...

ok siap

 

(masak lemak cili padi ni kena cair sikit sebab bila sejuk nangka akan memekat) 

 


 




 

Monday, 5 November 2018

MASAK LEMAK KULIT RAMBAI TERENGGANU PALING SEDAP

Assalamualaikum..
Uoll penah makan buah rambai tak,

kalau kulit putih ni biasanya kulit nipis, paling sedap bt masak lemak
kalau kulit kaler ala coklat tu sdp jugak tp masam sikit dan kulit tebal.
hari sabtu pg pasar tani, jumpa buah ni,
hehehe paksa semua org makan sbb nak ambil kulit ni.
Orchid beli 1kilo so ada byk kulit dia,
siap masak orchid bg jiran2 semangkuk sorg...biasanya nak masak lemak ni kna guna 
santan fresh lg sedap, berlemak..kalau guna kotak pom ok tp kurang la lemak nya.
org luar masak cili padi n mcm2 masakan, kalau terengganu cuma cara ni diorg masak.
resepi pior org ganu turun temurun.

( orchid pakai kelapa parut )
***Kelapa parut 1 mangkuk, masuk air panas n air biasa kemudian bland)
perah santan dlm periuk terus guna tapisan ye, hampas kelapa masuk semula dlm blander dan
 bland balik dgn sedikit air lg. lepas tu perah sekali lg..siap )





BAHAN - BAHAN

Kulit Rambai
-rebus dulu dan toskan


Ikan Selayang / Sardin
Rebus @ panggang dan ambil isi
2 ekor saiz Besar
isi ikan untuk kepekatan dan maniskan kuah

Santan Pekat
1 atau 1setengah gelas 
 @ 1 kotak  Ayam Brand
     ( Jenama ni Sdp )

  Bawang Besar
     1 Labu Besar   
Belah 6
     
     Lada Besar / Hidup 
     1 @ 2 Biji  
     Belah 4 atau serong  


CARA-CARA


Masukkan Santan Ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang besar, cili besar,
biarkan mendidih masukkan isi ikan, kalau nk pekat lebihkan isi ikan
masukkan kulit rambai yang telah di rebus sekejap bertujuan untuk hilangkan masam kulit rambai, biarkan mendidih, masak sehingga kulit rambai lembut ,
** kacau selalu untuk mengelakkan 
santan berketul perasakan dengan gula garam 
siap untuk di hidangkan dengan nasi, ikan goreng dan sambal belacan.


Noted : -
boleh juga tambahkan sayur lain seperti kacang panjang atau kubis.
boleh juga tambah sotong.
tapi resepi asli mcm orchid bt kt atas tu..
gerenti sedap menjilat jari

     








                    


Friday, 2 November 2018

SAYUR PEDAS LABU AIR TERENGGANU PIOR



salam...
lama tak bersiaran
arini orchid nak update masakan kegemaran orchid mudah sgt2 nak buat,
nama sayur pedas tp sebenarnya mmg xpedas langsung,
resepi dari mak orchid, 
jom kita start...



Bahan-Bahan

Labu Air
Saiz Sederhana
Kupas Kulit dan Potong Kecil

Ikan Selayang / Sardin / Kembung -2 Ekor Saiz Besar
( rebus ikan, amek isi ikan dan ramas bagi hancur )

Bawang Blender - 3 atau 4 Senduk
( Bawang Putih, Merah & Besar )

Lada Hitam - 1 Sudu
(tumbuk separa hancur )

Daun Kesom - Dua gengam

Daun Kemangi - Satu gengam

Air secukupnya


Cara -Cara 

Masukkan air ke dalam periuk,  
masukkan bawang blander, nak pekat tambah la lg bawang blander tu ok,
now biarkan air mendidih 
dan kemudian masukkan lada hitam,
isi ikan yang telah di ramas hancur td.
masukkan labu yang telah di potong kecil, daun kesom dan daun kemangi
biarkan mendidih lama sikit.
bila sayur dah layu msukkan perasa 
haji skit,garam skit dan gula secukupnya.
taraaa..siap
sedia untuk dihidangkan dengan ikan goreng dan nasi panas2 
cicah sambal belacan mmg meletop la..
mak mentua lalu pom tak sedar..hehehehe




noted :
boleh juga masukkan air rebusan ikan.
biasa orchid masukkan..sayang kan..
air tu pom banyak vitamin dlm tu..hehehe
tapis dulu air tu sebelum guna yew.

jika xada daun kesom dan daun kemangi pom boleh bt
 tp nak sedap kena masukkan lah ye,
sekurang-kurangnya daun kesom.
orchid beli pasar tani pokok tu.senang nk guna.xpayah beli lg.



kt bawah ni gambar sayur
LABU AIR,
khas untuk orang yang tak penah mengenali dia,
salam perkenalan yew...yuhuuu


 Labu Air


 Dalaman Labu Air


Pokok Labu Air






Tuesday, 16 June 2015

Kailan Ikan Masin

Kailan Ikan Masin


Bahan-bahan:
Sayur Kailan-Dipotong
1 Keping Ikan Tenggiri Masin Potong Kecik2
1 Sudu Air Dr Botol Ikan Masin Td
1 Biji Bawang Besar-Dimayang Bulat
1 Inci Halia-Diketuk
3ulas Bawang Putih-Diketuk
1 Sudu Besar Sos Tiram
1 Sudu Besar Sos Ikan
Sedikit Air Asam Limau Nipis
Minyak Untuk Menggoreng

Cara memasak:

1. Panaskan Minyak Tumis Ikan Masin Tenggiri Tadi Hingga Naik Bau..

2. Kemudian Tumis Bwg Putih,Bwg Besar Dan Halia.Masukan Sos Tiram.
3. Masukkan Sayur Dan Tambah Air Dr Botol Ikan Masin Td,Masukkan Sos Ikan Kacau Rata.
4. Masukkan Sdkt Air Dan Biarkan Seketika.
5. Hidangkan. Tabur Sedikit Lada Sulam Dan Perah Air Asam Limau.