RESEPI NASI KUNING TERENGGANU PALING SEDAP | Resepi Orchid Mekar

Wednesday 31 July 2019

RESEPI NASI KUNING TERENGGANU PALING SEDAP


Nasi kuning ni ramai org bg resepi, kadang-kadang orchid tgk resepi mengarut...
aduh..kesian, rasanya dah tak asli la..
resepi ni dari mak orchid, dia meniaga sejak orchid kecil lagi sampaila ayah sakit,
so skrg xde lah kan. Mak turunkan resepi asli dia ni pada orchid,
kalau try sekali mesti nak mkn lagi, dulu orchid selalu jgk masak tolong mak meniaga...
lepas tu pergi kedai plak jual..xsampai 2jam dh habis nasi ni bergantang2.....
mmg laku sgt2 serius xmenipu...
uoll untung la, goyang kaki, google je dah dapat resepi ni,
mana ada org meniaga nk bg resepi free kan.
ramai yang loket (kedekut)..huhuhu
gambar kt bawah ni orhid amek masa raya ke 3, orchid suka kepala ikan..sdp..huhuhu


Nasi kuning orchid raya ke 3 tahun 2020

CARA- CARA


BAHAN NASI

Beras 1 Kg
Bawang Besar - 1 Labu - mayang
Bawang Putih - 7 Ulas -mayang
Halia - 2-3 Inci - hiris nipis2
Cengkih 5-6 Biji
Daun Pandan - 3-4  Helai
Pewarna Kuning



Cara- Cara

NASI KUNING

Panaskan Minyak Masak dalam periuk rice cooker, tumis bahan2 hiris/mayang, cengkih..
sehingga layu dan naik bau, kemudian masukkan daun pandan...masuk air secukupnya,
masak sehingga mendidih masukkan pewarna kuning, kacau rata dan
masukkan beras,gula garam dan kacau....
masak nasi macam biasa.






BARANG-BARANG UNTUK KUAH


IKAN

Ikan Tongkol 1 ekor ( 1kg )
Asam Keping 4-5 Keping
Garam Kasar 1 Sudu
Cuka setengah Sudu - utk hilangkan hanyir ikan-xletak xper
( Kukus Ikan Bersama Bahan2 Diatas)



BAHAN GULAI

Rempah Gulai Nasi Dagang 5-6 Sudu Besar
Santan 500-600Gram
Air Asam Jawa secukupnya
Nisan / Gula Melaka  - 1 Keping Kecil
Cili Boh 4-5 Sudu Besar
Gula Garam Dan Perasa
 Halba - 1/2 sudu kecil
---------------------------------------------------------------------------------------
Bawang Besar 1-2 Labu****
Bawang Merah 5-6 Biji****
Bawang Putih 3-4 Ulas****
Halia 1-2 inci ****
Lengkuas 2 inci
Serai 1-2 btg ****

Blander Bahan-Bahan Bertanda ****


HIASAN
Cili Padi - Utk tabur dlm kuah
Belimbing Buluh -jgn belah...Utk tabur dlm kuah




KUAH GULAI 

Masak Santan dan sedikit air sehingga santan pecah minyak, jgn tinggalkan santan yew..
kacau selalu supaya santan tak melimpah bila ia mendidih, masukkan bahan rahsia..iaitu halba hujung sudu kecil je.angaran dalam 4-5 biji.....tujuan nak bg gulai kita rasa kit bila makan nnti....
masak santan sampai keluar minyak di atas nya, nampak kekuningan minyak santan.
kemudian masukkan cili boh.. kacau selalu dan sehingga mendidih baru masukkan bahan blander dan rempah gulai, nissan.
masak lama dengan api perlahan, masak kena sabar ye..kalau nak cpt2 nnti rempah tak masak jadi xsedap..tambah air kalau kuah kering..masak sehingga rempah masak....
masak sehingga pekat, rempah dah masak baru boleh masukkan air rebusan ikan dan ikan,
lepas masuk air rebusan dan ikan baru boleh masuk air asam jawa tambahan,sebab air rebusan tadi dan masam dan masin....perasakan masam manis masin...
masak lagi sehingga kuah pekat..alihkan ikan dalam bekas yang lain untuk mengelakkan ikan tadi hancur.
bila kuah dah pekat dan rasa dh sedap..taburkan cili padi dan asam belimbing
*****kuah mesti ada rasa masin, manis sikit dan masam sikit. ok...



.......SIAP.....


ALTERNATIF
UNTUK ORANG LUAR TERENGGANU

orchid ada 2 versi kuah, rasa nya memang sedap..tak perlu guna rempah nasi dagang tau..
tp kuah ni hanya untuk kuah nasi kuning sahaja, xberapa sesuai utk nasi dagang.
orchid selalu masak rumah mentua, diorg mmg puji la makan berpinggan2...huhuhu
cara buatnya senang sangat2 untuk org luar trg yang xde rempah nasi dagang ni kan...
so jgn lupa cuba ye, sedap dan mudah...
dijamin sedap


GULAI NASI KUNING VERSI ORCHID

BAHAN-BAHAN


Rempah Kari Ayam Babas - 6-7 Sudu Besar
(Rempah bancuh dgn sedikit air)
Ikan Tongkol 1 Ekor - 1kg
Santan 500gram /  kalau guna kotak dlm (1kotak)
Kerisik 1-2 Sudu
Cili Boh 5-6 Sudu besar - kalau nak pedas lebihkan

-----------------------------------------------------------------
Bahan Blander 

Bawang Putih 6-7 ulas
Bawang Merah  7-8 ulas
Bawang Besar 1-2 labu
Halia 1 inci
Lengkuas 1-2 inci
(kalau nak kuah pekat lebihkan bawng dan rempah)


CARA-CARA MASAK KUAH GULAI 

Masukkan minyak, tumis bahan blender dan cili boh sehingga naik bau,
jangan sampai hangit ye..api sederhana
 masukkan rempah kari dan masak
sehingga pecah minyak,baru masukkan air,
masak sehingga mendidih lama sikit,
 sampai rempah betul-betul masak
 kemudian masukkan ikan, air asam jawa, masak sehingga mendidih,
masukkan santan dan kerisik, masak sehingga kuah menjadi pekat sikit,
baru perasakan garam gula dan perasa
siap
mudah je kan,

Nasi Kuning pula sama je, ikut cara masak di atas



**IKAN TONGKOL
boleh rebus dulu dengan asam keping, garam, gula skit,cuka sikit dan sedikit air,
air rebusan masuk dalam kuah gulai tadi dan baru boleh perasakan garam gula dan asam keping.
atau
boleh terus masukkan ikan sekali dalam kuah, yang ni paling senang kan.
rasa nya sama sahaja, tetap sedap...





======================================================================

Tak lengkap rasanya kalau makan nasi kuning tak ada sambal belacan dengan acor,
so orchid bg sekali resepinya ye..harap uoll mencuba dgn jaya nya.


Resepi ACAR TIMUN

1-2 btg timun batang
Potong mcm dlm gambar diatas
(potong kecik memanjang, buang biji tengah,)

Setengah Biji Carot,
Potong mcm dlm gambar diatas
(atau guna pemarut pjg yg halus lg senang)

2-3 Biji Cili Besar
( potong kecil memanjang)

1 Biji Bawang Besar
( mayang halus dan nipis)

Cuka
Gula
Garam

Gaul semua bahan di atas perasakan..masam manis lebih..dan sedikit masih...
biarkan setengah jam untuk layukan timun dan bahan2 di dalamnya, kalau xnak makan lagi masukkan ke dalam peti ais, utk tahan lebih lama.
( acar ni kalau bahan2 dalam tu dah layu baru sdp nk mkn ye)






Resepi SAMBAL BELACAN

1/2 Sudu belacan - Sikit je, kalau byk sgt xsdp
10 cili padi 
3-4  cili besar
2 biji limau nipis - buang biji dan kulit (utk elak pahit jika d blnder)
air masak sedikit utk bland - jgn byk sgt nnti cair sambal belacan kita

(blander semua sekali ye)
perasan garam gula dan perasa..
siap

***boleh juga guna limau kasturi, hanya ambil airnya..perah ke dalam bahan blander,
ada org guna cuka gantikan asam limau tp xberapa sedap..
better gunakan limau, baru bakit org ganu kata.
















































5 comments: