KUIH GULUNG SARDIN RANGUP | Resepi Orchid Mekar

Tuesday 19 November 2019

KUIH GULUNG SARDIN RANGUP



Asalamualaikum Semua..
Terima kasih kerana mengunjungi blog Orchid.
Insyaallah resepi Orchid tidak akan mengecewakan anda semua ye.
Hari ini Orchid nak kongsikan kuih gulung sumpah sedap makanan tradisi org kelantan kot..
sbb kat sana banyak sgt org jual, 
kt terengganu ni mmg payah skit,
sbb tu orchid bt sendiri, insyallah sgt sedap.
jom tgk resepi





Bahan-Bahan Kulit Kuih Gulung

1 Kg Tepung Gandum..xkisah jenama apa
2 Sudu Marjerin Jenama Pelangi-mana brand pon xkisah
Setengah Cawan (125 Gram ) Minyak Masak/jagung
2 Sudu Kecil Garam
 3 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Air Kapur Jenih - optinal (Fungsi- Lebih Merangupkan )
500ml Air 

Cara-Cara

Mula-mula masukkan tepung ke dalam bekas besar skit senang nak uli nanti.
Masukkan garam dan gula..gaul rata..
Kemudian panaskan minyak dan mentega dalam kuali..bila dah cair marjerin..
Masukkan ke dalam tepung
gaul mengunakan sudu ye..kan melecur plak tangan.
bila dah sejuk skit, sambung gaul dgn tangan.
lepas tu masukkan air sedikit demi sedikit, uli sampai mejadi doh...jgn masuk semua air ke dalam takut terlebih air. lepas menjadi doh..
perap doh dalam setengah jam atau 1 jam
orchid perap lebih sbb tengahari orchid uli, ptg baru orchid canai doh tu..hehehe 

Cara Alternatif Guna BreadMaker

Kalau sesiapa ada breadmaker boleh panaskan minyak dan marjerin dulu..gaul dengan tepung kemudian masukkan semua bahan lain ke dalam bekas breadmaker, tekan menu " DOUGH".
Orchid guna breadmaker jenama TRIO so just tekan nombor 8 utk doh.
Masukkan semua bahan kedalam breadmaker.
tekan start. so tungu siap jelah.



Resepi Sambal Sardin

1 Tin Besar Sardin - Orchid guna Ayam Brand sedap
4-5 Sudu Minyak
5 Ulas Bawang Putih - Mayang 
1-2  Biji Bawang Besar - Mayang 
3 Sudu Cili Boh
1 Sudu Kecil Garam


Cara-Cara

Tumiskan Bawang Putih dan Bawang Besar,
Bila dah naik bau dan kekuningan...masukkan cili boh, kalau selalu 
jangan sampai hangit plak ye, Bila dh masak cili boh tu masukkan sardin dan kuahnya..
Kemudian lenyek2 kan ikan sardin tu sampai hancur, masukkan garam atau perasa kalau nak,
boleh juga masukkan asam jawa skit atau perah limau nipis sikit je..utk rasa masam. orchid x letak.
bila dah kering skit kuah boleh tutup api dan biarkan sejuk





Cara-Cara Gulung Kuih 




Ambil Doh, timbang sebanyak 50gm atau 30gm
orchid buat 50gm.
Makan 2 biji dh kenyang..hahahaha..
Orchid buat macam dalam gambar tu,
Kemudian uli sikit biar jadi bentuk buah pear supaya senang nak gelek nanti
boleh tgk gambar kt bawah ni


psst..bekas lapik dh comot sikit kena inti..bukan kotor ye



Kemudian canai doh sampai senipis yang mungkin.


lebih kurang macam ni lah...
atas tu biar bentuk tirus..bawah lebar,
lepas tu kelar sikit bahagian atas utk cantikkan kuih kita nanti.
tgk gambar di bawah, Orchid dah isikan sardin...
so tekan2 tepi inti tu supaya inti tak terkeluar bila kita gulung.
Sapukan air sedikit pada bahagian atas sekali supaya kuih kita tak terbuka bila dah siap nti.
Fungsi nya air tu macam gam la




Bila dah gulung gentel sikit bahagian kiri kanan supaya bentuk muncung mcm gambar di bawah ni


Taraaaa.....Dah Siap.....Cantik kan


Orchiod frozen kan separuh, supaya mudah nak sipan dalam peti, bila-bila masa boleh makan
boleh bakar dalam oven atau goreng separuh masak.
kalau guna oven panaskan dulu oven dan bakar 
suhu 180 darjah celcius...bakar selama 10 minit.

Kemudian susun ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk beku.


 Yang ni orchid goreng...sumpah sedap,
 bila dh sejuk pom ranggup lagi.










No comments:

Post a Comment