RESEPI NASI MINYAK GULAI KHEMOK TERENGGANU ORIGINAL TURUN TEMURUN | Resepi Orchid Mekar

Tuesday 23 July 2019

RESEPI NASI MINYAK GULAI KHEMOK TERENGGANU ORIGINAL TURUN TEMURUN



Gulai Khemok Terengganu Asli

Gulai Khemok Terengganu Asli

Assalamualaikum,
haii.... hari ni orchid nak kongsi resepi turun temurun resepi ni dari mak orchid, mak orchid plk ambil dr orang dulu-dulu, mmg susah nk ambil ilmu ni...mak berguru dgn nenek-moyang...sampai la menjadi resepi paling sedap ni..
tiap kali raya mak orchid akan masak pada hari ke 3 raya..
so kalau nak rasa datangla hari raye ke 3 rumah orchid,
jom kita tengok bahan-bahannya





Bahan untuk Nasi

Beras 1kg..( beras basmathi panjang)
Minyak masak secukupnya (cukup minyak cantik nasinya sebiji2)
Minyak sapi 2 sudu besar
1 Labu Besar Bawang Besar
4 Sekawan 
( Cengkih 5-6 biji, Bunga Lawang 3-4 biji besar, Buah Pelaga 5 biji, Kayu Manis 2 inci )
Halia besar 1-2 inci
Daun Pandan 3 helai
Susu Cair Setengah Tin ( susu cap idea paling sedap)
2-3 Sudu - Tomato Sos (jenama del monte sedap) -  tgk contoh picture di  bawah
Pewarna Kuning , Merah dan Hijau (pilihan)
Air mengikut sukatan beras
Garam & Gula secukupnya

(boleh tambahkan kismis dan buah gajus dlm nasi)




Bahan Untuk Kuah

 1 Ekor Ayam / Daging 1 Setengah Kilo
 Rempah Kurma/Khemok 3-4 Sudu Besar (sudu rumbu/membukit) bancuh dgn air jd pes
Minyak Sapi 1 Sudu Besar ( cth : utk 1 ekor ayam- 1sudu mnyk sapi )
Minyak Masak Secukupnya - utk menumis
4 Sekawan
( cengkih 4-5, bunga lawang 2-3, buah pelaga 3-4 biji, kayu manis 2 inci ) angaran jelah ye
Kerisik 1-2 Sudu (kuah akn nmpk gelap)
Nissan/Gula Melaka (kuah akn nmpk gelap)
Setengah Tin Susu Cair
Air Asam Jawa Secukupnya
Belacan Secukupnya ( Anggaran 1 sudu kecil )
Tomato Puri Dalam Tin 1-2 Sudu
Sos Cili 2-3 Sudu
Daun Padan 2-3 helai

2 Biji Tomato Fresh - hiasan dlm kuah
3 Biji Cili Hijau - hiasan dlm kuah
1 Biji Kentang Belah 4 - hiasan dlm kuah


Blander semua bahan  bertanda ***

Bawang Besar 1-2 biji ***
Bawang Putih 6-7 ulas ***
Bawang Merah 4-5 biji ***
Halia Setengah Inci **

Blander Asing

Bawang Goreng
1 Cawan atau 1 Setengah
lg sedap goreng sendiri bawang goreng..lg ummp
 
 
BAHAN RAHSIA
2 Sudu Penih Minyak Sapi

*kalau byk bawang kena lebihkan rempah khemok ye
 
**kalau xde rempah 4 sekawan xyah letak dalam gulai khemok pom ok, ada jgk org yang tak letak
boleh belaka atas citarasa masing2


======================================================================

Cara - Cara Memasak


NASI MINYAK

Masukkan minyak masak dan minyak sapi, 
tumiskan 4 sekawan,halia, bawang besar daun pandan dan tumis sehingga kekuningan dan naik bau,
masukkan air secukupnya, bila air mendidih masukkan susu cair setengah tin, masukkan sos tomato dan masukkan beras, gula garam secukupnya dan kismis / gajus kalau ada,
dan masak nasi macam biasa menggunakan rice cooker
bila nasi dah masak masukkan bancuhan warna selang seli atas nasi yng dh masak..biarkan sekejap
orchid selalu guna warna kuning telur sahaja.
 
 (Bila Nasi dah ready boleh kais/gembur nasi dgn senduk kayu atau garfu, nk bg nasi tu tak mendap/melekat, hati2 jgn kuat2 takut nasi akan patah/hancur)

**orchid guna pewarna utk buat kuih sbb pewarna utk nasi yang debu dah habis
kalau guna debu kena bancuhkan sikit dengan air, guna pewarna kuih lg senang.


======================================================================

KUAH KHEMOK

Masukkan minyak masak dan minyak sapi , 
Tumiskan 4 sekawan, sehingga naik bau, masukkan rempah kurma yang telah di bancuh ...
dan masukkan bahan - bahan yang telah di blander, daun pandan
kemudian
masukkan kerisik, air asam jawa masuk sikit dulu,
masuk belacan, tumis lagi sehingga naik minyak...
kena tumis lama sikit baru sdp tau, guna api kecil...kacau selalu supaya rempah tak hangit, 
kalau kering sangat tambah air sikit je utk masakkan rempah tu.
(boleh tgk gambar dekat bawah sekali)
bila dah naik minyak cantik, baru masukkan ayam/ daging
bila ayam/daging, keluarkan airnya, masukkan susu cair , masuk tomato puri, sos cili dan air, 
kemudian....
MASUKKAN
BAHAN RAHSIA
(bahan rahsia penyedap, jarang orang nak kongsi..
hari ini orchid bongkarkan rahsia kuah nasi minyak paling sedap)
bila dah mendidih masukkan 
2 SUDU lagi - MINYAK SAPI.
petua org dulu2 untuk menyedapkan kuah ni..

Lepas dah masuk bahan rahsia kena masak lama skit utk bg sebati dgn rempah2 diatas...
masak sehingga ayam/daging empuk..r
 
sebelum daging masak masukkan ubi kentang, masak hingga kentang empuk. 
bila dah masak perasakan dulu masin, manis ada skit je dengan rasa masam sedikit...kalau kurang masam tambahkan asam jawa, masukkan lada besar dan tomato, biarkan mendidih sekejap..
sedia untuk d hidang.


*** Gulai Khemok ni bila dah masak lama baru naik bau, 
selagi rempah tak masak bau xnaik, so kena masak rempah hingga masak.tengah masak bau xnaik lg tau, jangan risau, masak lama skit kalau kurang tambah je air skit, masak kena sabar ye.....

(45-50minit kalau guna - Presurecooker)
1jam 30minit  ke 2jam utk -  Periuk Biasa, atau sehingga daging empuk


======================================================================

Resepi SAMBAL BELACAN

1 Sudu kecik belacan 
10 cili padi 
3-4  cili besar
4-5 sudu gula
2 biji limau nipis buang biji dan kulit
garam
air masak sedikit utk bland - jgn byk sgt nnti cair sambal belacan kita
(blander semua sekali )

*Belacan sikit sj utk nasi minyak sbb sambal belacan ni tak sama dengan sambal belacan 
makan dengan nasi putih/biasa)
======================================================================


Resepi ACAR TIMUN

1-2 btg timun batang
(potong kecik memanjang, buang biji tengah )

Setengah Biji Carot,
(guna pemarut pjg yg halus)

2-3 Biji Cili Besar
( potong kecil memanjang/serong)

1 Biji Bawang Besar
( mayang halus dan nipis)

Ubi Sengkuang - optinal (potong mcm timun)
Nanas - optinal
Cuka 
Gula
Garam

Gaul semua bahan di atas perasakan..masam sikit, manis lebih..dan sedikit masih...
biarkan setengah jam untuk layukan timun dan bahan2 di dalamnya, sedia untuk dimakan, boleh masuk peti ais, nk makan baru keluarkan.



ACAR NANAS

1 Mangkuk Nanas Siap Potong Kecil
2- 3 sudu besar Cili Boh
Gula
Asam jawa
Sedikit air

Masakkan cili boh dgn air , gula secukupnya.
bila cili boh dah masak masukkan air asam jawa sedikit
dan masak sehingg pekat
bila sejuk masukkan nanas.gaul rata dah siap





**CADANGAN ORCHID, KALAU MASAK KUAH GUNA DAGING,
BOLEH GUNA AYAM UNTUK MASAK MERAH ATAU AYAM GORENG KUNYIT..
SESUAI UNTUK RUMAH TERBUKA


TOMATO
ni paling sedap mak orchid yg sugestkan.
sesuai juga untuk ayam masak merah.
mmg sedap, gunakan ia dalam masakan 


tomato ni sesuai untuk masakan..insyaallah sdp

kalau xde xkisah jenama apa..janji ada, jgn susah hati ye...
masih boleh bt nasi minyak ni, boleh guna sos tomato biasa.

 
 
 STEP MASAK GULAI KHEMOK
 
 
TUMIS BAHAN- BAHAN DULU SEHINGGA NAIK MINYAK
 



BILA DAH NAIK MINYAK 
MASUKKAN DAGING




BILA DAGING DAH KELUAR AIR ATAU ISI DAH KECUT SKIT
MASUKKAN SUSU DAN AIR SECUKUPNYA





TUTUP PERIUK TUNGGU HINGGA DAGING MASAK
(GUNA PERIUK PRESURE COOKER)
 
 
KENA TAMBAH AIR SELAGI DAGING TAK MASAK
(GUNA PERIUK BIASA)


BILA DAH MASAK NAMPAK GULAI KHEMOK NI JADI GELAP DAN MINYAK AKAN BERKUMPUL DEKAT ATAS, TU TANDA REMPAH KITA DH BETUL2 MASAK.





Koleksi Video Masak Masa Raya 2021 (pkp 3.0)
 
 
 
 
 
 
 
 
 








NASI


                                        






1 comment:

  1. Assalamualaikum orchid, alhamdulillah resepi ini sangat sedap dan menjadi rujukan dalam menghidang menu raya baru-baru ini. Memang memenuhi selera dan citarasa kami anak Terengganu. Terima kasih kerana berkongsi resepi ini. Semoga dimurahkan rezeki orchid dan keluarga serta diberi keberkatan. Aamiin.

    ReplyDelete