Resepi Orchid Mekar: Resepi Kuih Muih

Showing posts with label Resepi Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuih Muih. Show all posts

Tuesday, 19 November 2019

KUIH GULUNG SARDIN RANGUP



Asalamualaikum Semua..
Terima kasih kerana mengunjungi blog Orchid.
Insyaallah resepi Orchid tidak akan mengecewakan anda semua ye.
Hari ini Orchid nak kongsikan kuih gulung sumpah sedap makanan tradisi org kelantan kot..
sbb kat sana banyak sgt org jual, 
kt terengganu ni mmg payah skit,
sbb tu orchid bt sendiri, insyallah sgt sedap.
jom tgk resepi





Bahan-Bahan Kulit Kuih Gulung

1 Kg Tepung Gandum..xkisah jenama apa
2 Sudu Marjerin Jenama Pelangi-mana brand pon xkisah
Setengah Cawan (125 Gram ) Minyak Masak/jagung
2 Sudu Kecil Garam
 3 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Air Kapur Jenih - optinal (Fungsi- Lebih Merangupkan )
500ml Air 

Cara-Cara

Mula-mula masukkan tepung ke dalam bekas besar skit senang nak uli nanti.
Masukkan garam dan gula..gaul rata..
Kemudian panaskan minyak dan mentega dalam kuali..bila dah cair marjerin..
Masukkan ke dalam tepung
gaul mengunakan sudu ye..kan melecur plak tangan.
bila dah sejuk skit, sambung gaul dgn tangan.
lepas tu masukkan air sedikit demi sedikit, uli sampai mejadi doh...jgn masuk semua air ke dalam takut terlebih air. lepas menjadi doh..
perap doh dalam setengah jam atau 1 jam
orchid perap lebih sbb tengahari orchid uli, ptg baru orchid canai doh tu..hehehe 

Cara Alternatif Guna BreadMaker

Kalau sesiapa ada breadmaker boleh panaskan minyak dan marjerin dulu..gaul dengan tepung kemudian masukkan semua bahan lain ke dalam bekas breadmaker, tekan menu " DOUGH".
Orchid guna breadmaker jenama TRIO so just tekan nombor 8 utk doh.
Masukkan semua bahan kedalam breadmaker.
tekan start. so tungu siap jelah.



Resepi Sambal Sardin

1 Tin Besar Sardin - Orchid guna Ayam Brand sedap
4-5 Sudu Minyak
5 Ulas Bawang Putih - Mayang 
1-2  Biji Bawang Besar - Mayang 
3 Sudu Cili Boh
1 Sudu Kecil Garam


Cara-Cara

Tumiskan Bawang Putih dan Bawang Besar,
Bila dah naik bau dan kekuningan...masukkan cili boh, kalau selalu 
jangan sampai hangit plak ye, Bila dh masak cili boh tu masukkan sardin dan kuahnya..
Kemudian lenyek2 kan ikan sardin tu sampai hancur, masukkan garam atau perasa kalau nak,
boleh juga masukkan asam jawa skit atau perah limau nipis sikit je..utk rasa masam. orchid x letak.
bila dah kering skit kuah boleh tutup api dan biarkan sejuk





Cara-Cara Gulung Kuih 




Ambil Doh, timbang sebanyak 50gm atau 30gm
orchid buat 50gm.
Makan 2 biji dh kenyang..hahahaha..
Orchid buat macam dalam gambar tu,
Kemudian uli sikit biar jadi bentuk buah pear supaya senang nak gelek nanti
boleh tgk gambar kt bawah ni


psst..bekas lapik dh comot sikit kena inti..bukan kotor ye



Kemudian canai doh sampai senipis yang mungkin.


lebih kurang macam ni lah...
atas tu biar bentuk tirus..bawah lebar,
lepas tu kelar sikit bahagian atas utk cantikkan kuih kita nanti.
tgk gambar di bawah, Orchid dah isikan sardin...
so tekan2 tepi inti tu supaya inti tak terkeluar bila kita gulung.
Sapukan air sedikit pada bahagian atas sekali supaya kuih kita tak terbuka bila dah siap nti.
Fungsi nya air tu macam gam la




Bila dah gulung gentel sikit bahagian kiri kanan supaya bentuk muncung mcm gambar di bawah ni


Taraaaa.....Dah Siap.....Cantik kan


Orchiod frozen kan separuh, supaya mudah nak sipan dalam peti, bila-bila masa boleh makan
boleh bakar dalam oven atau goreng separuh masak.
kalau guna oven panaskan dulu oven dan bakar 
suhu 180 darjah celcius...bakar selama 10 minit.

Kemudian susun ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk beku.


 Yang ni orchid goreng...sumpah sedap,
 bila dh sejuk pom ranggup lagi.










Thursday, 5 November 2015

Resepi Kuih Bunga Paling Sedap dan Lemak

rupa bentuk sebenar kuih tepung bunga












Kuih tepung bunga ni adalah makanan tradisional terengganu...
siapa nak mencuba resepi ni bleh la follow orchid...jom tgk step by step mcm mn membuat kuih ni..simply dan sgt sedap...resepi ni xguna banyak bahan..kt dalam gambar tu mak orchid y buat..
so apa lg...jom tgk!!!!!!!!!

Bahan-bahan
1 paket Tepung Pulut
Santan Secukupnya untuk membentuk doh
garam 
2 biji telor ayam - utk salutan kuih
gula secukupnya


Cara-cara

gaulkan tepung pulut dengan santan dan garam...gaulkan biar menjadi bentuk doh..


Bila dah membentuk doh...bentukkan menjadi bulat dan tekan supaya menjadi leper seperti gambar diatas
bila dah siap celupkan kuih ke dalam telur sebelum d goreng...
agak2 dah garing telur kt luar angkat dan toskan
letak dalam pinggan dan taburkan/celup gula..
walla...siap untuk d makan

kuih tepung bunga orchid dah pon siap...
orchid xsuka manis..so xletak gula...huhuhuhu...sdpppp











Wednesday, 8 July 2015

Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka Paling Sedap



Cuti-cuti hujung minggu bila orchid balik kg....
ada jew la teringin nk mkn something kan
so kebiasaaan bln puasa mak orchid suka bt kuih ni...org ganu panggil kuih ondeh-ondeh..
kali ini orchid y masak sendiri kuih ni...so versi orchid la...hehehe cantik jew...warna-warni...
mana ada org buat lg kan...hihihihihi

jom tgk resepi 

DOH
300gm tepung pulut
air secukupnya untuk membentuk doh
pewarna hijau,oren,pink

SALUTAN KUIH
3 gengam kelapa parut-putih sahaja
garam secukup rasa

INTI
manisan(nisan kerek)/gula melaka/gula apong-potong kecil2


 
cara - cara

masukkan tepung pulut dalam mangkuk...masukkan air sedikit demi sedikit sampai membentuk doh..
 lepas dh jadi doh..bahagikan 3 bahagian...
sebahagian doh-masukkan 2titik kaler warna oren, sebahagian kaler pink dan sebahagian lg kaler oren..macam kat bawah ni..jgn terang sgt kaler sbb bila kita masak nnti kaler dia bertukar jd terang dengan sendirinya..hihihi




 bila dah jd doh macam ni...amek ketiga-tiga doh ni..bentukkan bulat menggunakan tapak tangan...
isikan manisan/gula melaka kt dalam nya...
bila siap gentel boleh masukkan terus dlm periuk air y mendidih atau letak atas talam y telah d alas dgn tepung pulut lebihan...supaya tak melekat....


kalau terapung maknanya dah masakla kuih kita tu...tp kalau taknak manisan dalam berketul...biarkan lama sikit ondeh2 dlm air mendidih...baru angkat...
lepas angkat masukkan terus dalam kelapa parut y telah d capurkan dengan sedikit garam...supaya kuih kita lemak2 masin kt luar dan manis  di tgh2...


yang ni last orchid buat...kaler hijau campur pink jew..hihi cantiknya...nak makan pon sayang
yang oren..hijau tu adik orchid y buat..dia xnak campur...so oren jew la...hihihi bila msak campur kesemua kuih tu...jd la mcm kt bawah ni...
tara..kuih ondeh2 versi orchid mekar




ni dia tepung beras pulut..ada jgk org xtau...kcian dia..hihi




Wednesday, 3 June 2015

Murtabak Mini Orchid





Bila dekat dengan bulan puasa ni..teringat plak murtabak mini...
antara menu y paling orchid suka buat bln puasa nilah dia...sekali rasa nak lg..
tahun lepas dpt jemputan berbuka puasa rumah kawan, bawalah murtabak ni kan...hehehe nk p tangan kosong mcm xbest jew...sekali dia rasa...mau lg...lg....ciap nk tempah plk daa...apa laa...mn sempat nk bt tempahan ni...orchid bt pom time rajin jew...masak pom kna ada mood tau...kihkih...mood rajin..
. 
sementara ni orchid juz kogsikan resepi y simple..
kcian kwn orchid duk menunggu resepi nasi dagang...xsempat lg mintak resepi dengan mak..nasi dagang dia bt memang meletop...berapi punya...hari raya mmg org mai umah semata-mata nk mkn nasi dagang...ada jgk makcik orchid merajuk sbb penah miss sekali xbt time raye...hehehe orchid punya idea...nk bt nasi briyani...kecian plk..dtg dr selangor nk mkn..klu nak try mkn nasi dagang mai la....hehehehe ajak2 ayam...kui..kuii..kok..kok..kok

 

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang- potong dadu
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar-cincang-utk menumis
  • 3 ulas bawang putih-cincang-utk menumis
  • daun sup
  • minyak
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang cincang/dadu-letak dalam telur
  • kulit popia


Cara Buat Inti Murtabak. 

 tumiskan bawang putih n bawang besar. 
apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang

apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan tok aji. 
jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.

pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. masukkan bawang
cincang / dadu kacau sehingga sebati. 

ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. 
cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia dh ciap bungkus tu goreng atas kuali leper/kuali ajaib..mnyak skit jew, goreng hingga garing...ciap untuk d hidang..  


Bahan-bahan utk bt pencicah
  • setengah cawan cuka
  • secawan air panas- utk kurangkan masam cuka
  • setengah bawang besar-mayang halus
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah / sirap

Cara Buat Kuah Pencicah

Tarukkan cuka ke dalam mangkuk..masukkan bawang besar gula...air panas...
kacau sehingga gula larut dalam cuka td..last masukkan pewarna merah hanya untuk bagi kaler pink.
nampak cantik...ada selera skit nak cicah kan
rasa kuah mestilah masam skit..manis2 sket..masin xyah...






























Thursday, 21 May 2015

Karipap Daging Sedap


Salam Khamis semua...

Hari ini orchid nak kongsikan resepi karipap daging...
cuaca dan mood x berapa baik harini...
semalam kwn tanya pasal apa orchid kawin xbgtau...hahaha terkejut jgk mula2 tu...
mana plk la dia dengar gosip xbetui ni...hehehe...
rupa-rupannya dia terbaca dlm blog orchid jgk...orchid menulis " MY HUBBY"...actually gimik jew..kihkihkih...dah delete pon..xnak semua org keliru...
orchid single available lg cik kak oiii...saje meluah perasaan arini..
bt apa nk risau jodoh kan Allah dah tentukan...so kenapa nak persoalkan apa y Allah aturkan...
mungkin permulaannya kot...Allah dah tarik smua y ada dalam gengaman orchid..
redha jew lah...Allah mungkin nak bukakan gengaman tangan orchid ni untuk menerima somebody..someone lain y kita sendiri x penah terpikir..
Allah Maha Besar...tiada y mustahil kan...
Aminn..

Kawan2 smua...
harap doakan orchid jumpa someone special y cintakan orchid 
dengan ikhlas dan jujur..cinta sampai mati..
sedih plk ase.hukhukhuk
Allah akan sentiasa menguji kita dalam apa jua keadaan kan...kita kenalah sabar dan redha...
apa y kita suka xsemestinya baik untuk kita...
xde guna kita cintakan org y x cintakan kita..betul x..ermmmm....merepek plk..wallla...


orchid dah try dua kali resepi ni...
mmg sedap...daging klu potong besar2 sket baru terasa intinya..
orchid amek resepi ni dari mak AMIN kwn kepada kwn orchid..
aritu orchid mkn karipap dia bawa sdp..so orchid pom terus mintak resepi...
         nyamannnn bab kata org serawak...maksudnya sedap..hehehe
jom tgk bahan2 nak masak...


sedap sgt...rangup jew..

Isi karipap: 
- Kentang tiga biji (dipotong dadu)
- Daging fresh RM 10
(rebus sekejap dgn garam sikit dan dipotong dadu)
(air untuk rebus sikit sehingga tenggelam daging separuh) 
-Bawang besar empat biji (dipotong dadu) 
-Daun sup dua tangkai (dipotong kecik)
 -bawang putih dan bawang merah untuk menumis 
-Dua paket serbuk kari daging babas

 Cara-cara: 
-Tumis bawang putih dan merah hingga garing 
-Masukkan serbuk kari dan kentang y telah didadu 
- Masukkan air rebusan daging dan daging y telah didadu.
 -Rasa dan kalau tak cukup masin tambah garam sikit dan cukup rasa.
 -bila dah agak kering baru masukkan bawang y dah didadu dan 
daun sup. Gaul dlm lima minit pastu angkat...sejukkan..

Tepung doh: 
 - Tepung gandum setengah paket
 - Marjerin dua sudu besar 
 - Air satu mug campur sikit minyak masak dan garam 

 Cara-cara:
-Marjerin dan tepung campur dan digaul rata 
-Masukkan air dan minyak sikit demi sikit -Uli hingga lembut
-Bila dah jd doh tu gelek la dengan kayu penggelek n bentukkan bulat dgn cawan n masukkan dalam acuan pom boleh..

tip frozen
untuk bt frozen bleh goreng separuh masak atau atur karipap dlm pinggan satu2..sejukkan karipap dalam peti ais sampai kering...bila dah kering kulit dia..bleh la masuk plastik n bleh taruh dalam peti ais..baru tak melekat...bila nk mkn keluarkan dari peti ais n goreng...

tip menggoreng karipap
panaskan kuali biar betul2 panas n then tutup api..masukkan karipap...pastu buka balik api..masak dengan api perlahan, balik2 kan supaya masak serata...gerenti cantik kulit karipap kita...

karipap berbentuk bulat..comel2 jew kan..yang ni guna acuan cawan...
cubit dengan jari nak kelim tepi...