RESEPI PUDING KOKTAIL PALING SEDAP | Resepi Orchid Mekar

Tuesday 30 January 2018

RESEPI PUDING KOKTAIL PALING SEDAP




haiii...lama betul tak menulis blog...
arini orchid nak share resepi puding koktail..simple dan sedap.
orchid bt masa selebrate anniversary pertama kami..hehehehe



jom tgk bahan2 dan cara menyediakan koktail ni

Bahan-Bahan koktail:-
2 paket jelly cup pjg pelbagai perisa (org ganu panggil sumi)
1 paket jelly cup kecik perisa kesukaan korang la..orchid guna laici
1 bekas nata d'coco perisa mangga atau perisa sukaan korang
buah dalam tin 
boleh tambah jely atau apa2 je yang korang suka



bahan untuk puding :-

1 paket agar2 kering jenama HCL (lambang kepala ayam)
atau lain2 brand pon boleh
1 tin susu cair
3/4 sudu besar susu pekat
 gula secukup rasa
pewarna & perisa kesukaan 
1250 air
****( 1 paket agar2 bersamaan 1500ml termasuk air + susu )



Bahan-Bahan untuk kuah koktail :-

3 Tin susu cair..
1 Tin susu pekat
Sedikit Gula (untuk tambah kalau tak manis)





Cara-Cara Masak Puding :-
Masukkan 1250ml air ke dalam periuk..masukkan agar2 kering td, kacau sehingga hancur, 
selagi tak hancur agar2 jangan masuk susu lg, nanti puding tak cantik, berketul, bila agar2 dh hancur sepenuhnya masukkan susu cair, susu pekat dan gula secukup rasa, puding ni biasanya manis2 buah je nnti kita nak makan dengan kuah koktail pulak kan..bila dah semua dah sebati tutup api.
masukkan puding ke dalam bekas, asingkan beberapa bekas dan masukkan pewarna,
orchid guna perisa sirap , anggur , pewarna oren dan satu bekas tak letak perisa (kaler asli).  isi puding dalam bekas jangan terlalu tebal nanti susah nk potong.
orchid guna apa yang ada kat dapur jew...bila dah masuk perisa kacau perlahan2 dan biarkan beku.
masuk peti ais supaya cepat beku..
bila agar2 dh beku sepenuhnya, potong kecik2 masukkan ke dalam bekas besar supaya mudah untuk kita masukkan kuah koktail nanti..
cara potong puding guna pisau je dalam bekas tu,toreh2 dengan pisau jadi segi empat, tak perlu keluarkan nanti hancur, lepas potong2 curahkan dalam bekas besar perlahan2, hati2 supaya tak hancur.
orchid potong separuh dari setiap perisa.
 simpan separuh nnti habis boleh top up kan jew.

Cara-Cara Menyediakan Air Koktail

Masukkan susu cair ke dalam periuk, campurkan segelas air atau air secukupnya, masukkan susu 
pekat dan gula.
kuah puding mestilah manis sebab kita akan masukkan ais bila nak makan nnti..
kacau kuah dan sebatikan..jangan sampai mendidih..bila dh panas, berasap cepat2 tutup api..
siap kuah koktail kita.


Cara Penyediaan Hidangan koktail...
Masukkan semua jelly cup pelbagai perisa, buah dlm tin dan nata d'coco ke dalam mangkuk besar,
dan masuk juga puding td yang telah di potong kecil2,
masukkan kuah koktail dan ais batu.
sedia untuk di makan..
 done!!!
yuhuuuuuuuuu 

contoh jelly cup pendek



agar-agar ni orchid guna


#p/s- kalau kuah koktail banyak lebih boleh tambahkan perisa sirap dan ais batu, jadilah air bandung..yummi

SHARE SKIT KEK ANNIVERSARY ORCHID & SUAMI









No comments:

Post a Comment