![]() |
pic ni bkn gulai mak orchid punya..xsempat nk snap..ari raye bz sgt...gulai mak kalernya lg cantik..mengoda jew tgk...hihihi |
SALAM
Hari ini mood beraya lg...dalam bulan y mulia..atas permintaan ramai...
orchid nak kongsikan resepi turun temurun keluarga orchid...nasi dagang terengganu paling sedap sbb mak belajar pon dari pembuat nasi dagang tersohor di terengganu.
alkisah orchid buat blog ni bkn saje2 tp sbb buku resepi selalu hilang....bila simpan resepi dlm fon pon xselamat jgk, fon rosak habis hilang semua resepi y mak bg..hehehe merepek jgk mak orchid...berapa kali mau tnya daaaaa....
raya tahun 2015
orchid belajar betul2 buat nasi dagang ni..3 hari sblm raya da amek cuti..
sbb nk cari brg2 utk raye..
seeloknya sehari sblm raya masak kuah nasi dagang ni..
keesokkannya panaskn barula sdp kuahnya
seeloknya sehari sblm raya masak kuah nasi dagang ni..
keesokkannya panaskn barula sdp kuahnya
banyak sgt petua org tua2 ni rupanya..nk kacau nasi pon ada caranya...xboleh kacau sebarang....
adoii la...renyah jgk nk masak nasi dagang ni....tp masa ni la nk kna belajar kan....hihihihihi
jom belajar buat nasi dagang....
Resepi Gulai Ikan Aya
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping garam..nisan..garam dan perasa..
Simpan air rebusan-lebih sedap guna Ikan Aya Hitam
Bahan-bahan gulai :
2-3 sudu @ 45-50gm rempah nasi dagang
350-400gm santan
500ml air
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar- sedang (dikisar)
3-4 biji bawang merah-lebihkan (dikisar)
2-3 hiris lengkuas-lebihkan (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 btg Serai
3 sudu cili mesin-nak pedas bleh tambah
4 keping asam keping @ asam jawa secukup rasa
1-2 kerek kecil nisan.
Sedikit Belacan
Sedikit gula & garam
Untuk letas dlm gulai
**10 biji cili padi
**5 biji belimbing buluh-celur skjp
Cara-cara :
1. Masuk santan, air dalam periuk..letak sedikit minyak. Masak sehingga santan naik minyak. kacau tanpa henti supaya santan td masak dengan cantik........PETUA RAHSIA ORCHID BONGKARKAN BG KUAH DIA KICK IATU MASUKKAN SECUBIT HALBA....ok masukkan halba ya..kacau lagi...
2. Masukkan cili mesin..KACAU lg...biar mendidih lama sikit
3. Masukkan bahan kisar, rempah nasi dagang, asam jawa, belacan dan nisan. Masak lama, biarkan mendidih dengan api y kecil...,masak lama bg rempah masak sebati dgn bahan2 kita tadi.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam....Masukkan sedikit garam sesuaikan dengan rasa...Masin..manis skit..masam skit...
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Kalau mahu pekat masak lama skit..
Siap!
Resepi Nasi Dagang
Bahan-bahan untuk Nasi: -
4 cawan beras Siam
2 gengam beras pulut
3 cawan santan cair @ air biasa
1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah-mayang halus
1/2 inci halia- hiris halus dan memanjang
Cara cara :
1. Basuh bersih beras y telah dicampur dengan beras pulut dan rendam 8 jam atau semalaman
2. Kukus beras tadi selama 20 minit atau separuh masak.
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang besar dan digaulkan dengan separuh santan cair @ air biasa sehingga rata. biar seketika hingga semua santan@air td meresap. Biar sekejap.
4. Kukus semula selama 20-30 minit lagi atau sehingga nasi masak sepenuhnya.
5. Angkat nasi utk kali kedua, masukkan sedikit gula dlm nasi...kacau dan aronkan dengan santan pekat hingga rata. masukkan bawang merah dan halia y d hiris halus2, dan juga halba ke dalam nasi td..Tak perlu habiskan santan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan
Resepi Acar
Bahan2 Acar Timun:-
Timun
Carrot
Cili Merah
Bawang Besar
**SEMUA dihiris memanjang
gula
garam
cuka.
Cara-cara:
1. Gaul sebati, sesuaikan rasa..manis lebih..masam skit..masin skit dan dihidang.
*********************************************************************************

catatan orchid- segantan
160gm rempah nasi dagang..
550gm bwg & bahan kisar
*serai 4btg kcik..
*halia 2ruas ibu jari...
*kuah 4ruas ibu jari....
cili boh 3per4 plastik cap kura2...
No comments:
Post a Comment