Resepi nasi Ayam ORIGINAL | Resepi Orchid Mekar

Wednesday, 16 December 2015

Resepi nasi Ayam ORIGINAL







SUP:-

Tumis kayu manis, bunga lawan, buah pelaga, bawang putih, bawang merah,
halia, akar daun bawang, akar daun sup,
 tumis sampai naik bau 
masukan sos tiram, serbuk lada sulah, serbuk Ngohiong,
stock ayam Meggi y cair dan masukan air seberapa banyak garam gula secukup rasa
 bila dah masak
masukan minyak bijan, lobak masin y hancur dan bawang goreng


NASI :-

Tumis bawang merah, bawang putih halia Yg di mayang dgn majerine
masukkan sos tiram, lada sulah, daun pandan, serbuk Ngohiong, 
minyak bijan, garam dan gula secukup rasa
 masuk beras y dah dibasuh dan ditoskan
gaul biar rata masukan dalam rice cooker isi air ikut sukatan bersesuain dgn beras


AYAM
Rebus Ayam separuh masak dgn buah keras Yg di ketuk,

KICAP AYAM

Kicap digaul pada Ayam,
 sos tiram, kicap caremel, kicap pekat, kicap cair, gula perang, serbuk ngo heong
kacau semua tu baru guling Ayam 
di dalam bekas,buat sampai tiga kali yaitu sapu biar angkat letak dalam bekas lain lepas tu gaul pulak sampai tiga kali
Goreng dgn minyak biar tengelam Ayam tu jagn potong goreng seekor mcm tu,
kicap Yg diguna mesti lah le keung kee atau popo
**Sebelum goreng sapu minyak bijan ye

 
SOS LADA :-

 Rebus tomato bawang putih dan lada
ingt jangan potong lepas tu masukan dalam blender
letak halia cuka garam gula sedikit minyak bijan dan blender
 ingt jangan letak air dan rasa manis masin masam biar cukup

KICAP :-
Guna kicap cair le keung ke letak halia dan bawang putih y di tumbuk minyak bijan
dan sedikit sos tiram

No comments:

Post a Comment