Resepi Puding Karamel Senang dan Sedap | Resepi Orchid Mekar

Sunday 20 December 2015

Resepi Puding Karamel Senang dan Sedap






puding yang sangat sedap dan paling mudah membuatya...
orchid suka makan bila sejuk...nyaman badan..huhuhu jom kita tgk bahan apa yang di perlukan 
untuk membuat puding y sgt sedap ni..
dalam banyak2 resepi..yang ni paling senang dan sedap


Bahan- Bahan
6 biji telur saiz A atau 8 biji telur saiz C
1 sudu kecil aising vanila
3/4 Tin Susu Krimer Pekat Manis
1 Tin Air ( guna tin susu pekat td )


Bahan utk karemal
3 sudu besar gula pasir



 cara menyediakan karamel 
 
Panaskan loyang, masukkan 3 sudu gula dan kacau gula sehingga cair dan kaler ke-coklat-latan, 
menggunakan api y kecil..jangan sampai hangus ye,nanti pahit pulak...dan 
jangan terlampau cerah sgt, nanti terlebih manis rasanya
sedang2 saje..huhuhu 
bila dah cair..lenggangkan loyang bg karamel td rata dan sejukkan, biarkan gula mengeras.


cara menyediakan puding

Pecah telur sebiji2..baru masukkan ke dalam bekas yang besar supaya kalau telur rosak 
xde la membazir kan...
dalam bekas besar td masukkan susu...kalau suka manis boleh habiskan setin...
kalau orchid suka manis buah..so guna 3/4 tin jew...susu yang lebih td masuk bekas lain bt air teh tarik...huhu
gunakan sukatan tin susu td masukkan air dan aising vanila, kacau sehingga sebati....
kalau mahukan puding tidak berlubang juz kacau jew guna garfu..
kalau nak berlubang boleh gunakan blander semua sekali...

Bila semua bahan-bahan td dah mesra alam, ambil loyang karemal td masukkan bancuhan di atas menggunakan penapis, tujuannya supaya puding nampak cantik dan tak berketul bila masak dan
tutup loyang menggunakan aluminium foil, supaya wap air dari bekas kukusan tidak masuk ke dalam puding,
Kukus selama 30 Minit menggunakan api yang sederhana.
Selepas 30 minit buka tudung dan cucuk guna lidi, kalau x melekat...
maknanya masak la puding kita td...
sejukkan dahulu sebelum masuk peti ais...
bila nak makan terbalikkan bekas loyang td ke dalam pinggan....
 wallahhhh....








puding orchid cantik tak berlubang..sedapnya...muahhhh

 














No comments:

Post a Comment