Resepi Rendang Ayam Sedap | Resepi Orchid Mekar

Saturday 26 December 2015

Resepi Rendang Ayam Sedap

Rendang Orchid bersama Ketupat Nasi

 Rendang ayam ni memang sangat2 sedap...
aroma y memikat sesiapa sahaja..hehehe 
walaupun bukan hari raya 
rendang ayam boleh di nikmati bila2 masa dengan apa jua hidangan
terutamanya ketupat nasi, ketupat palas dan nasi lemak.

Rendang Ayam ni orchid amek resepi 
daripada kawan..bermula cerita..dia ajak minum2, 
so daringg...dia ajk couple kauu,
tp orchid xminat dia..hihihihi juz friendzz 
so sambil minum kita korek rahsia sbb tau dia tu mmg 
chef kt atas kapal..kihkih-gelak org jahat
seronok berbual dengan dia sbb xkedekut ilmu, very nice person
dia bekerja d luar negara dan pernah jgk menyediakan 
masakan di mekah utk org mengerjakan haji.


wooww...besar experience dia kan..
kebetulan orchid teringin nak mkn rendang
orchid tanya dia...mak kauu...byk plk resepi dia bg..
siap dgn petua bagai, he said :
petua masak rendang ni kena lebihkan halia...lengkuas,
daun limau purut dan daun kunyit mesti ada rasa baru sedap

poning kepala den nk ingat semuo,
 orchid mintak resepi rendang y paling simple
tarraa terciptala resepi kt bawah ni...
jom kita tengok bahan y diperlukan

Bahan-Bahan

 5 Ulas Bawang Putih
7-8 Ulas Bawang Merah 
1 Labu Kecil Bawang Besar
 1 1/2 Inci Halia
1 1/2 Inci Lengkuas
1 Inci Kunyit
1 Batang Serai
4 cili api - optional
(blander semua bahan di atas )
*jangan hancur sangat nanti xsdp, dan xcantik struktur kuahnya

 Setengah Ekor Ayam
1 kotak / 300gm Santan Pekat 
 kalau guna santan kotak jenama ayam brand sedap
3 Sudu Cili Kering Kisar
2 batang serai - ketuk
2-3 asam keping
10 helai daun limau purut - buang batang tengah,
1-2 helai daun kunyit - buang batang tengah & belah dua
1 Sudu kerisik
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya

 

Cara - Caranya


 Tumiskan bahan kisar dan cili kisar sehingga naik bau, 
dengan api y perlahan kacaukan sehingga naik minyak...
pastikan cili masak sepenuhnya, baru sedap tau
bila dah masak bahan kisar td, masukkan serai y telah diketuk,  asam keping kemudian masukkan ayam, biarkan sebentar,
kemudian masukkan santan dan sedikit sahaja air.. 
jangan banyak sgt air nanti banjir pulak rendang kita
Air hanya untuk melembutkan ayam, 
rendang y sedap adalah kuahnya y pekat..
masukkan separuh daun limau purut dan daun kunyit 
masak dengan api y perlahan..biarkan semua mesra
bila ayam dah empuk, 
masukkan baki daun limau purut dan daun kunyit.. 
perasakan dengan garam dan gula 
jangan lupa masukkan kerisik...barulah menjadi rendang kita td...
tutup api dan bolehlah di hidangkan..
soooo delicious
  







No comments:

Post a Comment