Resepi Orchid Mekar

Sunday 23 May 2021

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG DAN NANGKA MUDA

 
 



Bahan-Bahan 

nangka Muda -Rebus sampai empuk dan Toskan Air

(Ambil nangka sahaja, air rebusan boleh buang) 

 

Bahan Blander 

6 ulas bawang putih  
3 ulas bawang merah  
1 labu bawang besar  
2 inci halia 
2 inci lengkuas
1 batang serai
3 biji cili padi - nak pedas lebihkan
1 inci kunyit hidup

 

 

1-2 batang serai - diketuk

 

 

cara-cara

Tumis dgn minyak bahan blander...

bila kering tambahkan air utk masakkan bahan tumisan ni...

biar mendidih lama skit...

masukkan serai yang di ketuk, untuk menambah aroma je...

Masukkan udang + nangka, kacau rata...

masukkan santan, jgn tinggal bila dah masuk santan...

kalau color xkuning boleh tambah kunyit debu untuk cantikkan color kuah.

kacau selalu biar mendidih, 

masukkan secukup rasa 2 sudu, 

garam dan gula secukupnya...

kena ada rasa masin byk manis sedikit sahaja hujung lidah...

ok siap

 

(masak lemak cili padi ni kena cair sikit sebab bila sejuk nangka akan memekat) 

 


 




 

Monday 17 May 2021

NASI LEMAK TANOK ORIGINAL TERENGGANU IKAN AYE

NASI LEMAK "TANOK"
  

 Bahan-Bahan

3 Cawan Beras 
(boleh guna beras Biasa /Siam/Basmathi)
300-400gram Santan
3 Helai Daun Pandan
Air Secukupnya
garam & Gula


Cara-cara Masak

Basuh Beras dan toskan air nya, 
Masukkan beras ke dalam Rice Cooker,
kemudian masukkan santan dan air secukupnya, 
masukkan pula daun pandan, garam secukupnya dan secubit gula, 
masak nasi mcm biasa.

******
Kalau nak nasi berlemak masukkan air sedikit sahaja, 
lebihkan santan.

*****
Air bergantung pada beras yang kita guna, 
kalau guna beras siam dan beras panjang/basmathi
 lebihkan air sedikir dari beras biasa 
sebab beras siam agak keras sedikit...

contoh :

Beras Basmathi & Siam
cth: beras jenis Pusa, Kashmir dan Moghul, serindit, arnab dll
 1 cawan beras : 1 1/3 cawan air 
atau 
campuran air dengan cecair lain seperti susu, santan.

Beras Biasa
1 Cawan Beras : 1 Cawan Air,
atau 
campuran air dengan cecair lain seperti susu, santan.




Bahan-Bahan
 Sambal Nasi Lemak

  2-3 Gengam Cili Kering 
potong kecil, rebus bg lembut, toskan air, kemudian blander
(nak sedap guna cili kering, kalau xde cili boh pom okey)
@4 senduk cili boh

6 ulas bawang putih - blander

1 Biji Bawang Besar - blander

6-7 biji Bawang merah - balander
Lebihkan bawang merah rahsia kesedapan kuah

1 Gengam - Bilis Belah 2 -blander  
Rahsia Kesedapan sambal nasi lemak

2 Helai Daun Pandan - carik2 dan potong 3
Rahsia Kesedapan sambal nasi lemak

Air Asam Jawa secukupnya

Gula, garam, Nissan@gula melaka dan secukup rasa


CARA MASAK SAMBAL

Masukkan minyak masak, 
minyak lebihkan supaya bahan cepat masak,
bila dah panas
masukkan semua bawang yang telah di blander, 
tumis sehingga naik bau,
bila dah naik bau masukkan cili kering yang telah 
di blander, daun pandan, nissan.
kacau selalu supaya tidak hangit di tengah2 kuali atau periuk.
masak cili biar lama sikit sehingga naik minyak & garing.
baru boleh masukkan air dan bilis blender tadi
masak sehingga cili betul2 masak
part ni memamg lama sikit la, bila kuah kering tambahkan air, ulang tambah air sehingga sambal betul2 masak.
masukkan asam jawa, 
baru perasakan garam dan gula secukupnya.
Masak sambal sehingga pekat.

***** 
gula dan garam boleh tambah last sebab kuah kering nanti 
sambal jadi terlebih masin dan manis


Ikan Aye / Tongkol

Setengah ekor - ikan Tongkol / Aye - potong kecil
4@5 - Asam Keping
1 sudu - Cuka 
Garam

Cara-Cara
masukkan ikan ke dalam periuk, 
masukkan sedikit air, jangan melebihi paras ikan, 
kemudian masukkan asam keping, cuka, garam, 
masak  sehingga air ikan sedikit kering.
bila ikan dah masak dan kering,
 boleh masukkan ke dalam kuah terus atau asingkan


Ikan Bilis

3 Gengam ikan bilis
basuh dan goreng sehingg garing

*****
Petua bilis rangup giler
basuh dulu kemudian tos sehingga kering baru goreng,
jangan goreng basah@lembap


BAHAN TAMBAHAN
Telur
Timun
Kacang tanah






PETUA SAMBAL 

1.
Nak sambal kurang pedas, lebihkan bawang besar
(2 kali ganda dari cili) atau pakai cili kering tidak pedas
(saiz besar).
guna separuh cili kering tak pedas dan separuh jenis pedas.

2.
Masukkan gula sebelum sambal pecah minyak.
Gula akan caramelized dan warna nya akan jadi cantik.
Rasa sambal pun lebih sebati dengan rasa caramel gula.

3.
Masa blender cili kering, letak minyak sikit supaya biji-biji cili mudah hancur jadi halus mulus.

4.
Masa rebus cili kering, masukkan sekeping asam keping untuk kurangkan pedas cili.

5.
Tambahkan bahan perasa lain seperti ikan bilis,
udang kering atau belacan. Ia akan kasi rasa umphhh pada sambal. bagi yang alergik pada belacan dan udang kering, boleh guna ikan bilis. Nak lagi sedap, guna ikan bilis fresh dan gred tinggi.

6.
Masa tumis sambal, letak sekeping asam keping supaya sambal tidak mulakan perang dengan dinding dapur.
Boleh juga tutup kuali dan guna api kecil masa menumis.


7.
Ikut suka nak gula dan minyak banyak mana.
Tapi kalau kuali tu jenis nonstick, boleh kurangkan minyak. Lebih baik kurangkan minyak dan gula.

8.
Masak sambal ni perlukan latihan banyak kali baru lah sambal tu akan sedap dan garing.
Selalu masak, lama-lama akan mahir.
Ini kerana bila selalu masak, baru kita akan faham tekstur bahan bila dah masak, dah garing dan dah pecah minyak.

9. Masak sambal dengan banyak,
asingkan ikut saiz bekas kecil-kecil dan frozenkan.
Yang nak pakai letak dalam chiller. Kita asing kan camtu supaya sambal tahan lama dan kebersihan terjaga.
Guna sudu bersih masa nak senduk sambal.
Jangan biarkan sambal terdedah diluar lama kemudian simpan balik dalam peti ais.









Sunday 5 July 2020

RESEPI ORIGINAL AYAM PERCIK TERENGGANU PALING SEDAP...


Alhamdulillah,
selesai puasa pada tahun 2020,
tahun yang sangat mencabar dengan penyakit Covid 19 
Korang mesti tau kan, bulan puasa paling banyak menu ni ada di mana-mana,
tapi ada yang sedap ada yang tak sedap, bila beli takut lauk semalam, takut basi la..
so baik kita buat sendiri dari beli kan, lebih terjamin....

ayam percik kuah banjir


jom tgk resepi mudah sangat-sangat

400-500Gram Santan
1 ekor Ayam - potong 4 
5 Serai - ketuk
2cm Halia - Hiris 
4 Sudu Cili Boh
1-2 Keping - Asam Gelugur/Asam Keping
1 gelas Air - ikut kepekatan kuah

Bahan Blander 

7-10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5-6 ulas bawang putih



Cara- cara

Masukkan air dan bahan blander, halia, serai dan cili boh..
masak hingga bahan-bahan tadi masak, biarkan kuah pekat sedikit.
Agak2 bahan dah masak sepenuhnya baru masukkan bahan last iaitu
 santan dan asam keping, 
kacau selalu (jgn Stop) supaya santan tak berketul atau naik minyak, 
kacau sehingga santan mendidih...
biar mendidih lama sikit..
baru perasakan dengan garam gula dan bahan perasa
dah siap...
senang je kan!!!!!




Bahan Perapan

AYAM

1-2 biji bawng besar
4 Ulas bawang putih
2cm Halia
1 batang serai

Blander semua bah dan perap pada ayam, 
perap paling kurang 1 jam, 
kemudian bakar ayam..
bila ayam dah masak curahkan kuah percik ke atas ayam.

IKAN

Kalau nak guna ikan, hanya perap ikan dengan kunyit dan garam sahaja, 
Bakar dan bila ikan masak curahkan kuah percik ke atas ikan.
siap untuk di hidangkan...





bila ayam dah masak letakkan kuah ke atas ayam..
sedapnya....
sedia untuk d makan..yummi




kuah percik yang sangat cantik, tak cair dan tak pekat sangat



ikan ni hancur skit sbb my husben cepat sangat pusing ikan belum masak lg...huhuhu
lagi cantik kalau ikan ni sekor2..xyah potong...baru nampk cantik.
tapi orchid potong sbb simpan untuk sahur pulak...



TIPS

******
Ada sesetengah orang campurkan semua sekali bahan-bahan dan santan
 tp untuk korang yang baru belajar masak 
elok gunakan step orchid  bg ye, supaya santan tak berketul-ketul dan naik minyak.
bila dan jd mcmtu tak sedap la percik kita

*****
cara orchid bt ni paling sedap dan mudah, kuah percik korang nampak sangat cantik.

******
kalau nak panaskan kuah untuk next time makan boleh buang asam keping nti kuah terlampau masam...contoh mcm orchid mkn untuk sahur..kalau hangat nanti terlebih masam

Pelbagai Cara

******
ada jugak masukkan ayam/ikan dalam kuah terus...nak cepat boleh bt mcm ni..

****** 
atau masukkan ayam/ikan dalam kuah sekejap..bila ayam separuh masak baru pangang ayam/ikan tu..lg cepat masak..
mana2 cara boleh guna ye...








Sunday 7 June 2020

RENDANG AYAM MAK ORCHID





Resepi rendang Ayam, dah ada dalam blog orchid sebenarnya,
cumanya resepi ni mak orchid yang ajarkan
memang sedap makan dengan ketupat palas, 
nasi kunyit a.k.a pulut kuning dan lemang
Bahan-bahan sama saja cuma bezanya kita letak rempah rendang ADABI


Jom Kita Start

Bahan-Bahan

 5 Ulas Bawang Putih
7-8 Ulas Bawang Merah 
1 Labu Kecil Bawang Besar
 1 1/2 Inci Halia
1 1/2 Inci Lengkuas
1 Inci Kunyit
1 Batang Serai
4 cili api - optional
(blander semua bahan di atas )
*jangan hancur sangat nanti xsdp, dan xcantik struktur kuahnya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Setengah Ekor Ayam
Setengah paket Rempah Rendang ADABI
 300gm Santan Pekat Fresh 
 kalau guna santan kotak jenama ayam brand sedap - 1 kotak
3 Sudu Cili Kering Kisar
2 batang serai - ketuk
2-3 asam keping
10 helai daun limau purut - buang batang tengah,
1-2 helai daun kunyit - buang batang tengah & belah dua
1-2 Sudu kerisik
Minyak untuk menumis
garam dan gula, perasa secukupnya


bila dah masuk semua bahan, kuah masih cair.
JANGAN PANIK, teruskan kacau sehingga kuah kering,
mcm gambar kat bawah ni, guna api sederhana je, takut hangit kt bawah nanti

next step
Bila dah pekat mcm ni, baru cantik dan sedap....
ready untuk makan
* orchid xsuka racip/potong halus2 daun kunyit..
so orchid biarkan besar2 mcm tu baru sdp. uoll boleh ikut cara masing2, janji sedap dimakan
sebab tu rendang orchid xnmpk daun hijau halus2 tu....huhuhuhu

Cara - Caranya


 Tumiskan bahan kisar, cili kisar dan rempah rendang Adabi, 
masak sehingga naik bau, 
dengan api yang perlahan saje ye, kacaukan sehingga naik minyak...
pastikan cili/rempah masak sepenuhnya, baru sedap tau
bila dah masak bahan kisar td, 
masukkan serai y telah diketuk,  asam keping 
kemudian masukkan ayam, 
biarkan sebentar bg air ayam keluar,
masukkan air sedikit, masak sehingga kuah kering.
jangan banyak sgt air nanti banjir pulak rendang kita
Air hanya untuk melembutkan ayam, 
rendang y sedap adalah kuahnya y pekat..
kemudian masukkan santan
masukkan daun limau purut dan daun kunyit 
masak dengan api y perlahan..biarkan semua mesra
bila ayam dah empuk, 
perasakan dengan garam dan gula 
jangan lupa masukkan kerisik...barulah menjadi rendang kita td...
tutup api dan bolehlah di hidangkan..
soooo delicious



*kalau dah kering kuah baru masukkan garam dan gula,
kalau masuk awal2 kuah banyak, bila kering takut terlajak masin dan manis, dah xsedap..huhuhu

 rendang ni biarkan ada sedikit kuah untuk di makan bersama pulut kuning, kalau pekat sangat xde kuah plak nak cicah dgn pulut kuning nanti





PULUT KUNING / NASI KUNYIT


haii Assalamualikum
Hari raya lepas, raya PKPB...huhuhu abg sado
orchid teringin sangat nk makan
pulut kuning a.k.a nasi kunyit org ganu panggil,

orchid buat 1 kg Beras Pulut,
boleh makan 7-9 org la...
orchid rendam beras jam 11 mlm, keesokkan hari jam 6.30pg terus masak
so masaknya mmg xmakan masa la sbb beras dh lembut.
alhamdulillah nasi lemak2 sedap je...
makan plak dengan rendang ayam
cara masaknya sangatlah mudah,
jom tgk resepi



Bahan- Bahan Untuk Pulut Kuning

1 Kg Beras Pulut Susu- mn2 pom boleh xkisah
1-2 Sudu Serbuk Kunyit
2 Keping Asam Keping 

Cara Rendam Beras

Basuh bersih-bersih beras pulut dan masukkan air melebihi paras beras 
***anggaran setengah inci air lebih dr beras 
Kemudian masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan 
masukkan asam keping

Rendam Beras sekurang-kurangnya 2 jam,
lebih eloknya rendam semalam, nasi cepat masak..

*Fungsi Asam keping untuk KILAT kan Pulut Kuning.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk Arong / Gaul 

400gm Santan Pekat - Santan Fresh baru sedap
(Santan gaul dengan 1 Sudu Besar - Garam Halus)
(Kacau sehingga garam larut ke dalam santan)

1-2 Sudu Besar Gula

2-3 Helai Daun Pandan- potong pendek2




Hasilnya Pulut Kuning Orchid sangat Cantik

Cara-Cara Masak Pulut Kuning Step by Step

Sediakan Pengukus, Renihkan air dalam kukusan,
bila air dah mendidih 
baru la boleh start mengukus ye,
kacau dulu beras untuk sekatakan color kunyit yang kita rendam tu,
 kemudian  tapis beras yang telah di rendam, dan buang asam keping dalam beras tadi.
tak perlu bilas/basuh lg beras tu nanti hilang kaler kuning tu....huhuhuhu


beras pulut yang telah di rendam semalaman

 Masukkan beras yang telah di rendam td kedalam pengukus,
buat lubang untuk wap air naik
Kukus Beras selama 10 minit, 
(orchid kukus 10minit aje sebab beras dh lembut kalau kita rendam semalaman)
**setkan guna timmer kt fon 10 minit

buka periuk kukusan tadi, ambil sedikit beras untuk rasa, 
kalau dh separuh masak, ambil kukusan Pindahkan ke dalam magkuk besar, 

Bekas besar untuk memudahkan kita arongkan nasi dengan santan, 
selepas masukkan nasi ke dalam bekas 
taburkan satu (1) sudu besar gula ke dalam pulut kuning kita, 
kalau suka manis boleh lebihkan gula, 

bila dah gaul rata gula masukkan santan sedikit demi sedikit santan (santan dah ada garam)
jangan sampai habis santan tu, kalau pulut dh lembut boleh stop, 
kalau keras lg boleh tambah santan lagi,

1 kg Beras dah cukup untuk 400gm santan tu.
boleh tengok gambar kt bawah ni, dah lembut mcm ni boleh stopkan letak santan,
kalau byk sgt nanti lembek pulut kuning kita.



proses arong / gaul nasi dengan santan

Bila dah gaul rata, masukkan daun pandan
biarkan sekejap untuk santan menyerap ke dalam pulut,
biar dalam 1 atau 2 minit, 
kemudian masukkan semula pulut tadi ke dalam bekas kukusan,
buat lubang mcm dalam gambar untuk naikkan wap
bagi memudahkan nasi cepat masak sama rata.







kukus nasi sehingga masak
orchid kukus lagi dalam 6-7 minit je, 
nasi dh cantik sgt2..
happy sgt bila tgk pulut color kuning elok..
(kalau korang rendam sekejap lama skit la pulut tu nak masak,
 xde masalah cuma lebihkan masa mengukus)



Siap!!!!


Kalau nak resepi rendang ayam makan dengan pulut kuning ni boleh klik link di bawah























Monday 3 February 2020

SIAKAP TIGA RASA PALING SEDAP DAN MUDAH

assalamualaikum,
hari yang indah ini orchid rajin plak nak share resepi,
kali ini resepi ikan siakap 3 rasa plak, sedap sangat-sangat dan mudah.
jom tgk bahan-bahannya.







Bahan Ikan

2-3 Ekor Ikan Siakap / Ikan Pilihan
garam
Tepung Jagung- xde xper - utk ranggupkan ikan

Gaul Ikan dengan bahan atas ni ok....lepas tu goreng garing
orchid potong dua sbb kuali kecil, ikut suka korang la ye.
goreng garing mcm dlm gambar bawah ni..






Bahan (Kuah)

4-5 Ulas Bawang Putih - potong dadu/cincang 
1 Biji - Bawang Besar - potong dadu
2-3 Sudu Cili Boh
3-4 Sudu Sos Cili
3-4 Sudu Sos Tomato
2 Sudu Sos Tiram


Bahan Tambahan

1 Biji Capsicum / Lada Banggala
1 Mangkuk kecil Nanas Dalam Tin atau Nanas Segar Manis Potong Dadu
1/2 Batang Karot - Ptong Dadu
1 Biji Tomato - Potong Dadu


Cara-Cara Memasak

Masukkan minyak  kemudian tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau,
masukkan cili boh, masak sampai masak cili boh tadi.
baru lah boleh masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram,
gaul rata dan masukkan sedikit air, 
biarkan sebentar kemudian masukkan bahan tambahan untuk sedapkan lagi kuah kita ni, 
nampk byk la sikit bahan-bahan atas ikan nanti,
masukkan capsicum, nanas, karot atau bahan lain lagi yang kita suka yew.
last sekali masukkan garam gula dan secukup rasa/ aji
rasa la kuah kita biar ada masin manis masam... 
bila 3 rasa ini ada so lengkap la masakan kita ni...
tutup api dan curahkan kuah ke atas ikan, 
nak makan baru tuangkan kuah ye, baru ikan kita ranggup dan sedap.


NOTA KAKI
Lepas masuk bahan-bahan tambahan contoh carot, capsicum, nanas tu kacau sekejap 
dan boleh la tutup api,
jangan lama sangat nanti layu dan lembik dah tak sedap nak makan.


ni dia kuah kita tadi, seperiuk dapat,
banyak juga ni, boleh letak atas ayam jgk kalau tak suka ikan.















UDANG MASAK LEMAK CILI PADI

Lama sungguh tak update, hari ini orchid nak kongsikan 
resepi masak lemak cili padi lobster...
alaa..resepi ni boleh guna macam-macam lauk udang biasa ok, ayam pom boleh,ikan masin dgn nanas pom boleh....dan ikan pom boleh guna resepi ni ok....
jom tgk



ni dia, nampak tak kuning sbb kunyit tu tak beberapa nk kuning..huhuhu


Bahan A

2 Biji      - Bawang Besar
4-5 Ulas  - Bawang merah
6-7 Ulas - Bawang Putih
1 Inci Setengah -Lengkuas
1 Inci Setengah - Halia
3 Batang - Serai
1 Inci - Kunyit Idup / kunyit debu

bahan-bahan di atas ni kita blander ye...

Bahan B

1 Kilo Udang 
1 Batang Serai - Ketuk
2 Keping - Asam Gelugur/ Asam keping
1-2 helai Daun Kunyit - ikut suka xnak letak pom ok
1 Kotak Santan / 400gm Santan Segar
2 sudu -  secukup rasa (jenama Maggie)
air secukupnya
garam dan gula 




orchid suka sangat tumis dulu bahan blander tu dulu supaya wangi dan kick org kata..lagi sedap,
konsepnya sama dengan cara memasak di bawah ni cuma 
kita gunakan minyak utk tumis bahan A, bila dah wangi bahan tu, baru masukkan air....
kalau tak suka tak per..ikut je cara di bawah ni , OK!!!!

Cara Memasak 

Tuangkan bahan A yang telah kita blend ke dalam periuk, 
masukkan air 1-2 cawan untuk renehkan bahan2 tadi supaya masak, 
bahan-bahan ni ada lengkuas, halia, bawang, serai tu kalau tak masak betul-betul memang tak sedap, rasa pahit dan lecah orang terengganu kata, 
so untuk memastikan bahan asas ni betul-betul masak, 
kita masukkan air supaya tidak hangit nanti ye, 
boleh tambah air kalau bahan tadi kering, tp awas jangan  banyak sangat air ye nanti kuah kita cair 
sebab nak masuk santan nanti.bila dah masuk santan tak sedap kalau lama2 atas dapur utk keringkan kuah jadi pecah minyak santan tu jadi xsedap la pula kan, 
so air xleh byk ok...

Bila rempah bahan A dah mendidih, masukkan serai yang di ketuk dan Asam Keping, 
kemudian biarkan bahan-bahan tadi masak sepenuhnya,

bila dah masak bahan tadi baru masukkan santan dan udang, 
kalau kuah pekat sangat boleh tambah air, kalau suka pekat tak payah tambah.
biarkan mendidih sebentar supaya udang masak dan santan td masak, 
seeloknya jangan berhenti kacau supaya santan tadi tak pecah kepala oang terengganu kata, 
kacau selalu ok, bila dah geledak dalam 2-3 minit baru 
masukkan garam, gula dan secukup rasa, orchid tak guna ajinamoto, 
secukup rasa tu dah memadai, sangat2 sedap. 
last boleh masukkan daun kunyit tu pom kalau ada daun, kalau xde xper..masih lg sdp ok..
masuk daun sebelum matikan api gas tu...
siap


PSST- 
udang orchid rebus dulu sbb tak MUAT periuk kecik,hehehehe
air rebusan lobster orchid guna utk mereneh bahan A tadi, 
konsepnya sama sahaja ye, jgn pening-pening.
udang besar sangat...Lobster la katakan...huhuhuhu










Nota Kaki:
kalau nak kuah banyak atau kuah pekat, boleh lebihkan bawang 
atau lebihkan bahan-bahan blander ye.
memasak ni kena la pandai mengolah mana2 yang patut..hehehehe'
good luck