PULUT KUNING / NASI KUNYIT | Resepi Orchid Mekar

Sunday 7 June 2020

PULUT KUNING / NASI KUNYIT


haii Assalamualikum
Hari raya lepas, raya PKPB...huhuhu abg sado
orchid teringin sangat nk makan
pulut kuning a.k.a nasi kunyit org ganu panggil,

orchid buat 1 kg Beras Pulut,
boleh makan 7-9 org la...
orchid rendam beras jam 11 mlm, keesokkan hari jam 6.30pg terus masak
so masaknya mmg xmakan masa la sbb beras dh lembut.
alhamdulillah nasi lemak2 sedap je...
makan plak dengan rendang ayam
cara masaknya sangatlah mudah,
jom tgk resepi



Bahan- Bahan Untuk Pulut Kuning

1 Kg Beras Pulut Susu- mn2 pom boleh xkisah
1-2 Sudu Serbuk Kunyit
2 Keping Asam Keping 

Cara Rendam Beras

Basuh bersih-bersih beras pulut dan masukkan air melebihi paras beras 
***anggaran setengah inci air lebih dr beras 
Kemudian masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan 
masukkan asam keping

Rendam Beras sekurang-kurangnya 2 jam,
lebih eloknya rendam semalam, nasi cepat masak..

*Fungsi Asam keping untuk KILAT kan Pulut Kuning.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk Arong / Gaul 

400gm Santan Pekat - Santan Fresh baru sedap
(Santan gaul dengan 1 Sudu Besar - Garam Halus)
(Kacau sehingga garam larut ke dalam santan)

1-2 Sudu Besar Gula

2-3 Helai Daun Pandan- potong pendek2




Hasilnya Pulut Kuning Orchid sangat Cantik

Cara-Cara Masak Pulut Kuning Step by Step

Sediakan Pengukus, Renihkan air dalam kukusan,
bila air dah mendidih 
baru la boleh start mengukus ye,
kacau dulu beras untuk sekatakan color kunyit yang kita rendam tu,
 kemudian  tapis beras yang telah di rendam, dan buang asam keping dalam beras tadi.
tak perlu bilas/basuh lg beras tu nanti hilang kaler kuning tu....huhuhuhu


beras pulut yang telah di rendam semalaman

 Masukkan beras yang telah di rendam td kedalam pengukus,
buat lubang untuk wap air naik
Kukus Beras selama 10 minit, 
(orchid kukus 10minit aje sebab beras dh lembut kalau kita rendam semalaman)
**setkan guna timmer kt fon 10 minit

buka periuk kukusan tadi, ambil sedikit beras untuk rasa, 
kalau dh separuh masak, ambil kukusan Pindahkan ke dalam magkuk besar, 

Bekas besar untuk memudahkan kita arongkan nasi dengan santan, 
selepas masukkan nasi ke dalam bekas 
taburkan satu (1) sudu besar gula ke dalam pulut kuning kita, 
kalau suka manis boleh lebihkan gula, 

bila dah gaul rata gula masukkan santan sedikit demi sedikit santan (santan dah ada garam)
jangan sampai habis santan tu, kalau pulut dh lembut boleh stop, 
kalau keras lg boleh tambah santan lagi,

1 kg Beras dah cukup untuk 400gm santan tu.
boleh tengok gambar kt bawah ni, dah lembut mcm ni boleh stopkan letak santan,
kalau byk sgt nanti lembek pulut kuning kita.



proses arong / gaul nasi dengan santan

Bila dah gaul rata, masukkan daun pandan
biarkan sekejap untuk santan menyerap ke dalam pulut,
biar dalam 1 atau 2 minit, 
kemudian masukkan semula pulut tadi ke dalam bekas kukusan,
buat lubang mcm dalam gambar untuk naikkan wap
bagi memudahkan nasi cepat masak sama rata.







kukus nasi sehingga masak
orchid kukus lagi dalam 6-7 minit je, 
nasi dh cantik sgt2..
happy sgt bila tgk pulut color kuning elok..
(kalau korang rendam sekejap lama skit la pulut tu nak masak,
 xde masalah cuma lebihkan masa mengukus)



Siap!!!!


Kalau nak resepi rendang ayam makan dengan pulut kuning ni boleh klik link di bawah























No comments:

Post a Comment